Pada 17-19 November 2016, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah menganjurkan Pertandingan Inovasi Sains, Teknologi dan Kejuruteraan (PISTEK) peringkat kebangsaan 2016 dan 2 projek dari Sekolah Menengah Sains Kubang Pasu telah berjaya dipilih untuk dipertandingkan. Pertandingan ini diadakan di Kolej Vokasional Langkawi, Langkawi, Kedah. Dalam pertandingan ini, SMSKP telah berjaya mendapat 2 Anugerah Gangsa bagi kedua-dua projek yang dipilih.
Namun begitu, dukacita dimaklumkan bahawa kedua-dua projek ini gagal untuk dipilih bagi menyertai INTEL ISEF 2017 yang akan diadakan di Los Angeles, United States Of America (USA). Tetapi, warga SMSKP tetap berbangga dengan kedua-dua pasukan ini kerana mereka ini antara 18 projek terbaik kebangsaan yang dipilih bagi bertanding dalam PISTEK 2016. Cuba lagi dan diharapkan SMSKP dapat melayakkan diri ke INTEL ISEF 2018 kelak. Insya-Allah.
Puan Pengetua turut sama mengacau Bubur AsyuraMantan Pengetua SMSKP hadir menyerikan majlis.Teraju utama kacau Bubur AsyuraTeraju utama Bubur AsyuraBala tentera Majlis hari ini.Bala tentera Majlis hari ini.Bala tentera Majlis hari ini.PK dan KPA tidak melepaskan peluang mengacau Bubur Asyura
Peserta SME Bank Y-Biz Challenge 2016Peserta dari SMSKP
Pada 27 hingga 29 September 2016, Sekolah Menengah Sains Kubang Pasu (SMSKP) telah menghantar 1 pasukan ke SME Bank Y-Biz Challenge 2016 peringkat separuh akhir bertempat di Cherengi Hills Convention & Spa Resort, Janda Baik, Pahang yang mana pasukan ini telah melepasi saringan tahap pertama yang melibatkan 88 penyertaan. Pasukan yang menyertai pertandingan peringkat separuh akhir ini merupakan antara 20 penyertaan atau produk terbaik daripada 88 penyertaan yang dihantar. Daripada 88 penyertaan yang dihantar, produk SMSKP iaitu "AS-SA-IN" telah melepasi saringan tahap pertama dan menjadi antara 20 produk yang terbaik.
Sepanjang program ini, pihak SME Bank juga telah menjalankan aktiviti "Boot Camp" yang mana aktivitinya menguji kecerdasan, kepintaran dan kekreatifan peserta. Antara aktiviti yang dijalankan adalah :
Aktiviti air
Malam bakat
Indoor and outdoor game
Outdoor game
Dalam masa yang sama, juga telah dijalankan sesi pembentangan separuh akhir. SMSKP telah membuat pembentangan produk pada pukul 4.30 petang iaitu pada sesi yang ke-3.
Muhammad Afiiny Bin Zulkafli sebagai pembentang produkAhli kumpulan sedang menunjukkan produk kepada para juri
Namun demikian, dukacita dimaklumkan bahawa SMSKP gagal melayakkan diri ke peringkat akhir yang diadakan di Menara SME Bank, Kuala Lumpur. Tetapi, tidak mengapa kerana walaupun tidak tersenarai sebagai 10 produk terbaik namun produk "AS-SA-IN" ini merupakan 20 produk yang terbaik daripada 88 produk yang lain. Diharapkan pada masa akan datang, SMSKP dapat menjuarai pertandingan ini, Insya-Allah.