KURSUS KEPIMPINAN “TNB-NURTURING FUTURE LEADERS” ANJURAN YAYASAN TENAGA NASIONAL (YTN)

Para peserta bersama Pengarah YTN dan Pengarah BPSBPK

Pada 16 hingga 19 Januari 2017, Yayasan Tenaga Nasional (YTN) dengan kerjasama Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah menganjurkan Kursus Kepimpinan "TNB-Nurturing Future Leaders" yang melibatkan 137 orang peserta dari semua Sekolah Berasrama Penuh (SBP) di Malaysia. Program ini diadakan bertujuan untuk memberikan pendedahan kepada para peserta mengenai dunia kejuruteraan. Peserta yang menyertai program ini bukanlah calang-calang orang kerana sebelum mereka ini terpilih, pihak YTN telah melakukan saringan bagi mencari mereka yang betul-betul layak sahaja untuk mengikuti program ini. Mereka yang layak ini terpilih berdasarkan :

  1. Keputusan Peperiksaan Akhir Tahun 2016
  2. Pencapaian dalam kokurikulum
  3. Bakat kepimpinan
  4. Keputusan Psikometrik

Dengan keempat-empat kriteria ini, maka 2 orang pelajar dari Sekolah Menengah Sains Kubang Pasu iaitu Muhammad Syakirin Bin Ahmad Sabri, 5 Juara dan Muhammad Afiiny Bin Zulkafli, 5 Juara telah terpilih bagi mengikuti Kursus Kepimpinan "TNB-Nurturing Future Leadersini. Program ini diadakan di R&R Hotel @ UniTEN, Bangi dan berlangsung selama 4 hari 3 malam. Sepanjang mengikuti program ini, para peserta diberi ceramah oleh pelajar tajaan YTN mengenai pengalaman mereka sepanjang mereka menjadi pelajar tajaan YTN , dan dibawa melawat ke Stesen Janakuasa Putrajaya dan Institusi Latihan Sultan Ahmad Shah (ILSAS).

Di Institusi Latihan Sultan Ahmad Shah
Di Stesen Janakuasa Putrajaya

 

Sepanjang program ini juga, para peserta akan dinilai oleh pihak penganjur bagi menentukan sama ada mereka ini layak mendapat Anugerah Emas ataupun Anugerah Perak yang mana mereka ini dinilai dari aspek kepimpinan dan keaktifan sepanjang mengikuti program ini . Dan hasilnya Sekolah Menengah Sains Kubang Pasu telah berjaya membawa pulang 1 Anugerah Emas dan 1 Anugerah Perak.

Muhammad Syakirin Bin Ahmad Sabri – Anugerah Perak