MAJLIS IFTAR JAMA’IE 1.0 PERDANA KUPSIS

 

Majlis Iftar Jamaie KUPSIS 1438H

Terikh : 17 Jun 2017

Masa : 5:30 petang

Tempat : Sekitar KUPSIS

Sekian, harap maklum. 

ATUR CARA MAJLIS IFTAR JAMA'IE KUPSIS

4.48 : Solat Asar Berjemaah
5.15 : Ketibaan Waris/Guru
5.30 : Ketibaan Penceramah
5.45 : Tausiyah Ramadhan oleh Ustaz Ismail SMK Pedu
6.45 : Persiapan & Penyediaan Berbuka Puasa
7.35 : Berbuka Puasa & Solat Maghrib Berjemaah..
8.00 : Bacaan Yaasin & Tahlil***
8.52 : Solat Isyak Berjemaah & Solat Terawih
10.00 : Bersurai

Lawatan Khas YB Menteri Pendidikan Malaysia ke Sekolah Menengah Sains Kubang Pasu

Pada 02 April 2017, Dato' Seri Mahdzir Bin Khalid, YB Menteri Pendidikan Malaysia telah berkunjung ke Sekolah Menengah Sains Kubang Pasu sempena dengan Lawatan Khas YB Menteri Pendidikan Malaysia Ke Sekolah Menengah Sains kubang Pasu dan dalam masa yang sama melancarkan Amalan Pengilangan Baik atau Good Manufacturing Practise (GMP) di Dewan Bitara. Untuk pengetahuan semua, SMSKP merupakan antara 3 buah sekolah Berasrama Penuh yang dipilih menjadi perintis kepada GMP ini. Sekolah yang menjadi perintis projek ini ialah:

  1. Sekolah Sultan Alam Shah, Putrajaya.
  2. Sekolah Seri Puteri, Cyberjaya
  3. Sekolah Menengah Sains Kubang Pasu, Jitra

Dalam lawatan ini juga, para pelajar terutamanya Pengawas Sekolah diberi peluang untuk makan semeja dengan VVIP dan VIP di Dewan Makan Seri Perdana. Hal ini memberi peluang kepada para pelajar untuk beramah mesra dengan para tetamu terutamanya YB Dato' Seri Mahdzir Bin Khalid, Menteri Pendidikan Malaysia.

Pada hari ini juga, semua warga SMSKP berasa amat bertuah kerana bukan mudah untuk dikunjungi YB Menteri Pendidikan Malaysia. Jadi, diharapkan bahawa pada masa akan datang, lebih ramai menteri yang akan berkunjung ke sekolah ini. Insya-Allah

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Sambutan Hari Lahir Pelajar & Guru Yang Lahir Pada Bulan Januari dan Februari 2017

Acara Pemotongan kek hari lahir

Pada 15 Mac 2017, Bahagian pengurusan Hal Ehwal Murid SMSKP julung kalinya telah menganjurkan Sambutan Hari Lahir Pelajar & Guru Yang Lahir Pada Bulan Januari dan Februari 2017. Penganjuran sambutan ini telah dicadangkan oleh En.Jasmi Bin Lebai Ahmad dan sambutan ini akan diadakan 2 bulan sekali bertempat di dewan makan Seri Perdana. Objektif program ini diadakan adalah untuk memberikan keseronokan kepada pelajar menjalani kehidupan di asrama dan mewujudkan suasana kekeluarga dalam kalangan warga SMSKP.

Ucapan oleh Penolong Kanan Hal Ehwal Murid
Antara pelajar yang lahir pada Bulan Januari dan Februari
PK HEM menyuapkan kek kepada pelajar yang diraikan