Category: KEBANGSAAN
Kursus Kepimpinan Ketua Rumah dan Penolong Ketua Rumah (KESUMA) Sekolah Berasrama Penuh Peringkat Zon Utara Tahun 2017
Pada 08 hingga 11 April 2017, Sekolah Menengah Sains Kubang Pasu (SMSKP) telah menghantar 12 orang yang terdiri daripada ketua rumah dan penolong ketua rumah untuk mengikuti Kursus Kepimpinan Ketua Rumah dan Penolong Ketua Rumah (KESUMA) Sekolah Berasrama Penuh Peringkat Zon Utara Tahun 2017 bertempat di Sekolah Menengah Sains Bagan Datoh, Perak. Peserta yang dihantar ialah:
ALPHA
- Syed Muhammad Abdul Hakim Bin Syed Alhadi
- Nur Riedanie Binti Ayob
BETA
- Muhammad Saufi Bin Osman
- Nur Khaira Binti Ahmad Shah
DELTA
- Wan Muhammad Amir Ihsan Bin Wan Rosidi
- Qistina Aulieya Binti Nasri
GAMMA
- Muhammad Syakirin Bin Ahmad Sabri
- Nurin Syazani Binti Mohd Syamsuli
LAMDA
- Hadzirun Mustaqkim Bin Mohd Kassim
- Anis Athirah Binti Zakaria
SIGMA
- Muhammad Syahmi Bin Ishak Latfi
- Faqihah Binti Mohd Husni
Malaysian Biology Olympiad 2017
Sukacita dimaklumkan bahawa seramai 9 orang pelajar Sekolah Menengah Sains Kubang Pasu yang terdiri daripada pelajar tingkatan lima telah layak untuk menjalani saringan tahap ke-2 Malaysia Biology Olympiad 2017. Pelajar-pelajar tersebut adalah:
227 | ANNISA AIMAN BT M FISOL | SEKOLAH MENENGAH SAINS KUBANG PASU |
228 | NURNAZIFA NAJWA BINTI ROSNAN | SEKOLAH MENENGAH SAINS KUBANG PASU |
229 | NURUL AINA BINTI TAJUDDIN | SEKOLAH MENENGAH SAINS KUBANG PASU |
230 | NURUL ANIS ASYIKIN BINTI RAMLI | SEKOLAH MENENGAH SAINS KUBANG PASU |
231 | MUHAMMAD SUHAIL UZAIR BIN MAHADZER | SEKOLAH MENENGAH SAINS KUBANG PASU |
232 | NURUL NASRIENA BT MOHAMED ZAKI | SEKOLAH MENENGAH SAINS KUBANG PASU |
233 | NUR AKMA BINTI AHMAD ZUKERI | SEKOLAH MENENGAH SAINS KUBANG PASU |
234 | MUAHMMAD AKMAL BIN JAAFAR | SEKOLAH MENENGAH SAINS KUBANG PASU |
235 | NUR AMALINA BINTI MOHD RAZI | SEKOLAH MENENGAH SAINS KUBANG PASU |
*Sumber http://www.ukm.my/mbo/results-of-first-screening-mbo-2017-name-list/
Untuk ke peringkat akhir, hanya akan ada 6 orang peserta sahaja termasuk simpanan yang akan dipilih untuk bertanding di peringkat antarabangsa. Oleh itu, marilah kita sama-sama berdoa agar kesemua 6 peserta yang dipilih itu adalah dari Sekolah Menengah Sains Kubang Pasu, Insya-Allah.
KURSUS KEPIMPINAN “TNB-NURTURING FUTURE LEADERS” ANJURAN YAYASAN TENAGA NASIONAL (YTN)
Pada 16 hingga 19 Januari 2017, Yayasan Tenaga Nasional (YTN) dengan kerjasama Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah menganjurkan Kursus Kepimpinan "TNB-Nurturing Future Leaders" yang melibatkan 137 orang peserta dari semua Sekolah Berasrama Penuh (SBP) di Malaysia. Program ini diadakan bertujuan untuk memberikan pendedahan kepada para peserta mengenai dunia kejuruteraan. Peserta yang menyertai program ini bukanlah calang-calang orang kerana sebelum mereka ini terpilih, pihak YTN telah melakukan saringan bagi mencari mereka yang betul-betul layak sahaja untuk mengikuti program ini. Mereka yang layak ini terpilih berdasarkan :
- Keputusan Peperiksaan Akhir Tahun 2016
- Pencapaian dalam kokurikulum
- Bakat kepimpinan
- Keputusan Psikometrik
Dengan keempat-empat kriteria ini, maka 2 orang pelajar dari Sekolah Menengah Sains Kubang Pasu iaitu Muhammad Syakirin Bin Ahmad Sabri, 5 Juara dan Muhammad Afiiny Bin Zulkafli, 5 Juara telah terpilih bagi mengikuti Kursus Kepimpinan "TNB-Nurturing Future Leaders" ini. Program ini diadakan di R&R Hotel @ UniTEN, Bangi dan berlangsung selama 4 hari 3 malam. Sepanjang mengikuti program ini, para peserta diberi ceramah oleh pelajar tajaan YTN mengenai pengalaman mereka sepanjang mereka menjadi pelajar tajaan YTN , dan dibawa melawat ke Stesen Janakuasa Putrajaya dan Institusi Latihan Sultan Ahmad Shah (ILSAS).
Sepanjang program ini juga, para peserta akan dinilai oleh pihak penganjur bagi menentukan sama ada mereka ini layak mendapat Anugerah Emas ataupun Anugerah Perak yang mana mereka ini dinilai dari aspek kepimpinan dan keaktifan sepanjang mengikuti program ini . Dan hasilnya Sekolah Menengah Sains Kubang Pasu telah berjaya membawa pulang 1 Anugerah Emas dan 1 Anugerah Perak.
PERTANDINGAN INOVASI SAINS, TEKNOLOGI DAN KEJURUTERAAN (PISTEK) 2016
Pada 17-19 November 2016, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah menganjurkan Pertandingan Inovasi Sains, Teknologi dan Kejuruteraan (PISTEK) peringkat kebangsaan 2016 dan 2 projek dari Sekolah Menengah Sains Kubang Pasu telah berjaya dipilih untuk dipertandingkan. Pertandingan ini diadakan di Kolej Vokasional Langkawi, Langkawi, Kedah. Dalam pertandingan ini, SMSKP telah berjaya mendapat 2 Anugerah Gangsa bagi kedua-dua projek yang dipilih.
Namun begitu, dukacita dimaklumkan bahawa kedua-dua projek ini gagal untuk dipilih bagi menyertai INTEL ISEF 2017 yang akan diadakan di Los Angeles, United States Of America (USA). Tetapi, warga SMSKP tetap berbangga dengan kedua-dua pasukan ini kerana mereka ini antara 18 projek terbaik kebangsaan yang dipilih bagi bertanding dalam PISTEK 2016. Cuba lagi dan diharapkan SMSKP dapat melayakkan diri ke INTEL ISEF 2018 kelak. Insya-Allah.
SME BANK Y-BIZ CHALLENGE 2016
Pada 27 hingga 29 September 2016, Sekolah Menengah Sains Kubang Pasu (SMSKP) telah menghantar 1 pasukan ke SME Bank Y-Biz Challenge 2016 peringkat separuh akhir bertempat di Cherengi Hills Convention & Spa Resort, Janda Baik, Pahang yang mana pasukan ini telah melepasi saringan tahap pertama yang melibatkan 88 penyertaan. Pasukan yang menyertai pertandingan peringkat separuh akhir ini merupakan antara 20 penyertaan atau produk terbaik daripada 88 penyertaan yang dihantar. Daripada 88 penyertaan yang dihantar, produk SMSKP iaitu "AS-SA-IN" telah melepasi saringan tahap pertama dan menjadi antara 20 produk yang terbaik.
Sepanjang program ini, pihak SME Bank juga telah menjalankan aktiviti "Boot Camp" yang mana aktivitinya menguji kecerdasan, kepintaran dan kekreatifan peserta. Antara aktiviti yang dijalankan adalah :
- Aktiviti air
- Malam bakat
- Indoor and outdoor game
Dalam masa yang sama, juga telah dijalankan sesi pembentangan separuh akhir. SMSKP telah membuat pembentangan produk pada pukul 4.30 petang iaitu pada sesi yang ke-3.
Namun demikian, dukacita dimaklumkan bahawa SMSKP gagal melayakkan diri ke peringkat akhir yang diadakan di Menara SME Bank, Kuala Lumpur. Tetapi, tidak mengapa kerana walaupun tidak tersenarai sebagai 10 produk terbaik namun produk "AS-SA-IN" ini merupakan 20 produk yang terbaik daripada 88 produk yang lain. Diharapkan pada masa akan datang, SMSKP dapat menjuarai pertandingan ini, Insya-Allah.
Hari Kecemerlangan Sekolah Berasrama Penuh ( HKSBP ) Ke-43
Pada 22 hingga 26 Mei 2016, Sekolah Menengah Sains Kubang Pasu telah diberi kepercayaan oleh pihak BPSBPK untuk mengendalikan Hari Kecemerlangan Sekolah Berasrama Penuh ( HKSBP ) dan menjadi tuan rumah bagi program tersebut. Pada hari kejadian, semua SBP dari seluruh negara telah datang ke SMSKP bagi memeriahkan program ini. Antara aktiviti pada hari kejadian ialah:
- Pertandingan Bahas Bahasa Melayu Piala Perdana Menteri
- Pertandingan Bahas Bahasa Inggeris Piala Perdana Menteri
- Pameran Inovasi
- Gerai jualan
- Majlis Anugerah Cemerlang SBP
- Majlis Anugerah Akademik dan Kepimpinan SBP
Pada HKSBP kali ini, SMSKP buat pertama kalinya telah melahirkan seorang penerima anugerah bagi Anugerah Pelajar Full Colours iaitu Saudara Mustakim Bin Mohd Razali yang juga merupakan Ketua Pelajar bagi sesi 2015. Kejayaan saudara Mustakim Bin Mohd Razali merangkul anugerah ini diharapkan dapat menjadi pembakar semangat kepada semua pelajar SMSKP untuk menjadi lebih cemerlang dan terbilang pada masa hadapan.
Sila layari http://hksbp.smskp.edu.my/ untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai HKSBP ke-43.
24 lagi sekolah diiktiraf SBT
24 lagi sekolah diiktiraf SBT
2013/09/19 – 06:46:36 AM
Putrajaya: Kementerian Pendidikan semalam mengiktiraf 24 lagi sekolah sebagai Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT), termasuk sebuah Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) yang julung kali menerima status itu.
Berikutan pengiktirafan 24 SBT Kohort 4 berkenaan, jumlah SBT sejak dimulakan pada 2010 sudah mencecah 115, melebihi sasaran 110 yang ditetapkan bagi tahun ini.
Selaras pelan induk
Menteri Pendidikan II, Datuk Seri Idris Jusoh, berkata pencapaian itu adalah selaras Pelan Induk Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 supaya pendidikan negara mencapai status dunia menjelang 2025.
“SBT adalah untuk semua kanak-kanak tanpa batasan geografi, latar belakang, sosioekonomi, tanpa mengira siapa ibu bapa mereka atau tempat mereka belajar dan berpeluang membina masa depan cemerlang,” katanya pada sidang media selepas Majlis Pengiktirafan SBT 2013 di sini, semalam.
Peruntukan khas
Setiap sekolah yang diiktiraf SBT akan menerima Peruntukan Khas sebanyak RM700,000 pada tahun pertama, RM500,000 pada tahun kedua dan RM300,000 pada tahun seterusnya.
Semua pengetua dan guru besar SBT diberi autonomi bagi membelanjakan Peruntukan Khas itu, khususnya bagi program pendidikan untuk melonjakkan kecemerlangan sekolah.
Pengetua, guru besar, guru dan anggota khidmat sokongan (AKS) SBT juga layak menerima Bayaran Insentif sekali gus RM1,000 untuk sekolah menengah dan RM700 untuk sekolah rendah.
Kementerian Pendidikan memperuntukkan RM16.8 juta untuk 24 SBT yang diumum semalam.
Capai status
Dalam pada itu, Idris meminta SBT membantu sekolah lain yang berhampiran untuk mencapai status sama dengan memanfaatkan peruntukan yang diterima.
Sementara itu, warga sekolah SJKT Ladang REM, Johor, teruja kerana menjadi sekolah Tamil pertama menerima pengiktirafan SBT dan bertekad mencapai status Sekolah Bestari.
Guru Besarnya, R Paramaswary, berkata usaha untuk mencapai status SBT dimulakan sejak empat tahun lalu dengan kerjasama seluruh warga sekolah itu yang hanya ada 29 murid.
INFO: SENARAI SBT 2013
- SK Tengku Mariam, Johor
- SJKT Ladang REM, Johor
- SMK Dato Penggawa Barat, Johor
- Sekolah Menengah (SM) Sains Kubang Pasu, Kedah
- SM Sains Machang, Kelantan
- SK Convent Bukit Nanas (1), Kuala Lumpur
- Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Kuen Cheng 2, Kuala Lumpur
- SK Convent Of The Infant Jesus 1, Melaka
- Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Sharifah Rodziah, Melaka
- Sekolah Berasrama Penuh (SBP) Integrasi Jempol, Negeri Sembilan
- SK Convent, Pahang
- SK Sultan Idris II, Perak
- SK Marian Convent, Perak
- SBP Integrasi Gopeng, Perak
- SM Sains Raja Tun Azlan Shah, Perak
- SK Convent Green Lane, Pulau Pinang
- SJKC Han Chiang, Pulau Pinang
- SMKA Al-Irshad, Pulau Pinang
- SK Taman Megah, Selangor
- SK Bukit Jelutong, Selangor
- SK Sri Petaling, Selangor
- SMA Persekutuan Kajang, Selangor
- SBP Integrasi Rawang, Selangor
- SK Putrajaya Presint 11 (1)
http://www.bharian.com.my/bharian/articles/24lagisekolahdiiktirafSBT/Article