Pada 10-14 Mac 2017, Sekolah Menengah Sains Kubang Pasu sekali lagi telah menganjurkan ASEAN LEADERSHIP ENGLISH PROGRAMME yang mana melibatkan Sekolah Menengah Sains Kubang Pasu, Malaysia dan Charen Wittaya Nusorn School, Thailand. Program seumpama ini telahpun berjaya dianjurkan SMSKP pada tahun sebelumnya iaitu pada tahun 2014 (4 DAYS WITH FOREIGNERS) dan tahun 2016 (ASEAN LEADERSHIP ENGLISH PROGRAMME). Objektif penganjuran program ini tetap sama iaitu untuk menambahkan penguasaan pelajar dari kedua-dua buah sekolah dalam bahasa Inggeris.
Kehadiran sekali lagi tetamu-tetamu dari Charen Wittya Nusorn School ini telah membuktikan bahawa hubungan antara kedua-dua buah sekolah ini amatlah erat sehingga apabila tibanya waktu perpisahan pada 14 Mac 2017, para guru dan peserta serta fasilitator semuanya mengalirkan air mata kesedihan.Diharapkan pada masa akan datang, Charen Wittaya Nusorn School akan sudi lagi untuk datang ke SMSKP untuk sama-sama kita mengadakan program yang lebih menarik agar hubungan yang sedia terjalin akan kekal mekar sehingga bila-bila, Insya-Allah.