Pada 15 Mac 2017, Bahagian pengurusan Hal Ehwal Murid SMSKP julung kalinya telah menganjurkan Sambutan Hari Lahir Pelajar & Guru Yang Lahir Pada Bulan Januari dan Februari 2017. Penganjuran sambutan ini telah dicadangkan oleh En.Jasmi Bin Lebai Ahmad dan sambutan ini akan diadakan 2 bulan sekali bertempat di dewan makan Seri Perdana. Objektif program ini diadakan adalah untuk memberikan keseronokan kepada pelajar menjalani kehidupan di asrama dan mewujudkan suasana kekeluarga dalam kalangan warga SMSKP.