Malaysian Biology Olympiad 2017

Sukacita dimaklumkan bahawa seramai 9 orang pelajar Sekolah Menengah Sains Kubang Pasu yang terdiri daripada pelajar tingkatan lima telah layak untuk menjalani saringan tahap ke-2 Malaysia Biology Olympiad 2017. Pelajar-pelajar tersebut adalah:

227 ANNISA AIMAN BT M FISOL SEKOLAH MENENGAH SAINS KUBANG PASU
228 NURNAZIFA NAJWA BINTI ROSNAN SEKOLAH MENENGAH SAINS KUBANG PASU
229 NURUL AINA BINTI TAJUDDIN SEKOLAH MENENGAH SAINS KUBANG PASU
230 NURUL ANIS ASYIKIN BINTI RAMLI SEKOLAH MENENGAH SAINS KUBANG PASU
231 MUHAMMAD SUHAIL UZAIR BIN MAHADZER SEKOLAH MENENGAH SAINS KUBANG PASU
232 NURUL NASRIENA BT MOHAMED ZAKI SEKOLAH MENENGAH SAINS KUBANG PASU
233 NUR AKMA BINTI AHMAD ZUKERI SEKOLAH MENENGAH SAINS KUBANG PASU
234 MUAHMMAD AKMAL BIN JAAFAR SEKOLAH MENENGAH SAINS KUBANG PASU
235 NUR AMALINA BINTI MOHD RAZI SEKOLAH MENENGAH SAINS KUBANG PASU

*Sumber http://www.ukm.my/mbo/results-of-first-screening-mbo-2017-name-list/

Untuk ke peringkat akhir, hanya akan ada 6 orang peserta sahaja termasuk simpanan yang akan dipilih untuk bertanding di peringkat antarabangsa. Oleh itu, marilah kita sama-sama berdoa agar kesemua 6 peserta yang dipilih itu adalah dari Sekolah Menengah Sains Kubang Pasu, Insya-Allah.

Sambutan Hari Lahir Pelajar & Guru Yang Lahir Pada Bulan Januari dan Februari 2017

Acara Pemotongan kek hari lahir

Pada 15 Mac 2017, Bahagian pengurusan Hal Ehwal Murid SMSKP julung kalinya telah menganjurkan Sambutan Hari Lahir Pelajar & Guru Yang Lahir Pada Bulan Januari dan Februari 2017. Penganjuran sambutan ini telah dicadangkan oleh En.Jasmi Bin Lebai Ahmad dan sambutan ini akan diadakan 2 bulan sekali bertempat di dewan makan Seri Perdana. Objektif program ini diadakan adalah untuk memberikan keseronokan kepada pelajar menjalani kehidupan di asrama dan mewujudkan suasana kekeluarga dalam kalangan warga SMSKP.

Ucapan oleh Penolong Kanan Hal Ehwal Murid
Antara pelajar yang lahir pada Bulan Januari dan Februari
PK HEM menyuapkan kek kepada pelajar yang diraikan

ASEAN LEADERSHIP ENGLISH PROGRAMME

Sesi phografi seusai majlis penutupan

Pada 10-14 Mac 2017, Sekolah Menengah Sains Kubang Pasu sekali lagi telah menganjurkan ASEAN LEADERSHIP ENGLISH PROGRAMME yang mana melibatkan Sekolah Menengah Sains Kubang Pasu, Malaysia dan Charen Wittaya Nusorn School, Thailand. Program seumpama ini telahpun berjaya dianjurkan SMSKP pada tahun sebelumnya iaitu pada tahun 2014 (4 DAYS WITH FOREIGNERS) dan tahun 2016 (ASEAN LEADERSHIP ENGLISH PROGRAMME). Objektif penganjuran program ini tetap sama iaitu untuk menambahkan penguasaan pelajar dari kedua-dua buah sekolah dalam bahasa Inggeris.

LDK

LDK

Senamrobik

Persembahan dari CWNS

 

Kehadiran sekali lagi tetamu-tetamu dari Charen Wittya Nusorn School ini telah membuktikan bahawa hubungan antara kedua-dua buah sekolah ini amatlah erat sehingga apabila tibanya waktu perpisahan pada 14 Mac 2017, para guru dan peserta serta fasilitator semuanya mengalirkan air mata kesedihan.Diharapkan pada masa akan datang, Charen Wittaya Nusorn School akan sudi lagi untuk datang ke SMSKP untuk sama-sama kita mengadakan program yang lebih menarik agar hubungan yang sedia terjalin akan kekal mekar sehingga bila-bila, Insya-Allah.

Saat perpisahan
Saat perpisahan
Goodbye CWNS…. :'(