Kursus Kepimpinan Ketua Rumah dan Penolong Ketua Rumah (KESUMA) Sekolah Berasrama Penuh Peringkat Zon Utara Tahun 2017

Pada 08 hingga 11 April 2017, Sekolah Menengah Sains Kubang Pasu (SMSKP) telah menghantar 12 orang yang terdiri daripada ketua rumah dan penolong ketua rumah untuk mengikuti Kursus Kepimpinan Ketua Rumah dan Penolong Ketua Rumah (KESUMA) Sekolah Berasrama Penuh Peringkat Zon Utara Tahun 2017 bertempat di Sekolah Menengah Sains Bagan Datoh, Perak. Peserta yang dihantar ialah:

ALPHA

  1. Syed Muhammad Abdul Hakim Bin Syed Alhadi
  2. Nur Riedanie Binti Ayob

BETA

  1. Muhammad Saufi Bin Osman
  2. Nur Khaira Binti Ahmad Shah

DELTA

  1. Wan Muhammad Amir Ihsan Bin Wan Rosidi
  2. Qistina Aulieya Binti Nasri

GAMMA

  1. Muhammad Syakirin Bin Ahmad Sabri
  2. Nurin Syazani Binti Mohd Syamsuli

LAMDA

  1. Hadzirun Mustaqkim Bin Mohd Kassim
  2. Anis Athirah Binti Zakaria

SIGMA

  1. Muhammad Syahmi Bin Ishak Latfi
  2. Faqihah Binti Mohd Husni

 

 

 

Lawatan Khas YB Menteri Pendidikan Malaysia ke Sekolah Menengah Sains Kubang Pasu

Pada 02 April 2017, Dato' Seri Mahdzir Bin Khalid, YB Menteri Pendidikan Malaysia telah berkunjung ke Sekolah Menengah Sains Kubang Pasu sempena dengan Lawatan Khas YB Menteri Pendidikan Malaysia Ke Sekolah Menengah Sains kubang Pasu dan dalam masa yang sama melancarkan Amalan Pengilangan Baik atau Good Manufacturing Practise (GMP) di Dewan Bitara. Untuk pengetahuan semua, SMSKP merupakan antara 3 buah sekolah Berasrama Penuh yang dipilih menjadi perintis kepada GMP ini. Sekolah yang menjadi perintis projek ini ialah:

  1. Sekolah Sultan Alam Shah, Putrajaya.
  2. Sekolah Seri Puteri, Cyberjaya
  3. Sekolah Menengah Sains Kubang Pasu, Jitra

Dalam lawatan ini juga, para pelajar terutamanya Pengawas Sekolah diberi peluang untuk makan semeja dengan VVIP dan VIP di Dewan Makan Seri Perdana. Hal ini memberi peluang kepada para pelajar untuk beramah mesra dengan para tetamu terutamanya YB Dato' Seri Mahdzir Bin Khalid, Menteri Pendidikan Malaysia.

Pada hari ini juga, semua warga SMSKP berasa amat bertuah kerana bukan mudah untuk dikunjungi YB Menteri Pendidikan Malaysia. Jadi, diharapkan bahawa pada masa akan datang, lebih ramai menteri yang akan berkunjung ke sekolah ini. Insya-Allah