Sakura Science Exchange Program in Science 2017

Pada 14 Mei 2017 hingga 20 Mei 2017, Japan Science and Technology (JST) dengan kerjasama Kementerian Pendidikan, Kebudayaan, Sukan, Sains dan Teknologi Jepun telah menganjurkan Sakura Science Exchange Program In Science yang diadakan di Jepun. Dalam program ini, Malaysia berada dalam kumpulan 3 yang mana melibatkan 6 lagi Negara lain iaitu, Filipina, Kazakhstan, Kyrgyzstan, Uzbekistan, Turkmenistan dan Tajikistan. Malaysia telah menerima jemputan untuk menghantar 30 orang pelajar dan 6 orang supervisor. Daripada 30 orang pelajar yang dijemput, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dengan kerjasama Akademi Sains Malaysia (ASM) telah bersetuju untuk menghantar 20 orang pelajar Sekolah Berasrama Penuh (SBP) dan 10 orang pemenang National Science Challenge (NSC) 2016. Daripada 20 orang pelajar SBP itu pula, 2 orang pelajar Sekolah Menengah Sains Kubang Pasu (SMSKP) telah berjaya dipilih untuk mengikuti program ini. Pelajar tersebut ialah: 

  1. Muhammad Afiiny Bin Zulkafli – 5 Juara
  2. Nur Alia Maisarah Binti Kamarulzaman – 4 Rajin

Setiap SBP sebenarnya diminta untuk menghantar 2 orang calon bagi pemilihan untuk program ini dan daripada calon yang dihantar, hanya 20 orang sahaja yang dipilih untuk mengikuti program ini. Kriteria pemilihan program ini berdasarkan:

  1. Keputusan Peperiksaan Akhir Tahun (PAT) dalam Sains, Matematik dan Bahasa Jepun dari tingkatan 1 sehingga tingkatan 3.
  2. Keputusan Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3)
  3. Penglibatan Kokurikulum (Kebangsaan @ Antarabangsa)

Program ini ditaja sepenuhnya oleh JST termasuklah penginapan, pengangkutan dalam dan luar Negara, makan minum dan insurans. Program seumpama ini diwujudkan bertujuan untuk menerapkan minat pelajar di seluruh dunia khususnya Negara-negara Asia dalam bidang sains di samping memperkenalkan budaya Jepun kepada pelajar yang terlibat. Oleh itu, untuk mencapai objektif ini, para peserta telah dibawa melawat ke universiti-universiti, sekolah dan kolej yang terkenal. Antara tempat yang dilawati peserta ialah Junten High School, Keio University dan Kisarazu Kosen. Banyak ilmu dan kemahiran telah dipelajari para peserta program ini.

Malaysian Biology Olympiad 2017

Sukacita dimaklumkan bahawa seramai 9 orang pelajar Sekolah Menengah Sains Kubang Pasu yang terdiri daripada pelajar tingkatan lima telah layak untuk menjalani saringan tahap ke-2 Malaysia Biology Olympiad 2017. Pelajar-pelajar tersebut adalah:

227 ANNISA AIMAN BT M FISOL SEKOLAH MENENGAH SAINS KUBANG PASU
228 NURNAZIFA NAJWA BINTI ROSNAN SEKOLAH MENENGAH SAINS KUBANG PASU
229 NURUL AINA BINTI TAJUDDIN SEKOLAH MENENGAH SAINS KUBANG PASU
230 NURUL ANIS ASYIKIN BINTI RAMLI SEKOLAH MENENGAH SAINS KUBANG PASU
231 MUHAMMAD SUHAIL UZAIR BIN MAHADZER SEKOLAH MENENGAH SAINS KUBANG PASU
232 NURUL NASRIENA BT MOHAMED ZAKI SEKOLAH MENENGAH SAINS KUBANG PASU
233 NUR AKMA BINTI AHMAD ZUKERI SEKOLAH MENENGAH SAINS KUBANG PASU
234 MUAHMMAD AKMAL BIN JAAFAR SEKOLAH MENENGAH SAINS KUBANG PASU
235 NUR AMALINA BINTI MOHD RAZI SEKOLAH MENENGAH SAINS KUBANG PASU

*Sumber http://www.ukm.my/mbo/results-of-first-screening-mbo-2017-name-list/

Untuk ke peringkat akhir, hanya akan ada 6 orang peserta sahaja termasuk simpanan yang akan dipilih untuk bertanding di peringkat antarabangsa. Oleh itu, marilah kita sama-sama berdoa agar kesemua 6 peserta yang dipilih itu adalah dari Sekolah Menengah Sains Kubang Pasu, Insya-Allah.

THAILAND INVENTORS’ DAY 2017


Pada 02-06 Februari 2017, Sekolah Menengah Sains Kubang Pasu dengan kerjasama Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SMSKP telah menghantar 2 pasukan yang terdiri daripada 6 orang pelajar bagi menyertai Thailand Inventor's Day 2017 bertempat di Bangkok International Trade & Exhibition Centre, Thailand. 

Sekolah Menengah Sains Kubang Pasu telah menghantar 2 projek inovasi untuk menyertai pertandingan ini. 2 projek tersebut adalah:

  1. X-Plant Box @ Endangered Plant
  2. Cosa Candy

Alhamdulillah, berkat usaha dan doa, X-Plant Box @ Endangered Plant dan Cosa Candy masing-masing telah berjaya meraih Bronze Medal dan Gold Medal malah projek Cosa Candy telah berjaya menarik minat negara Korea apabila mereka telah dianugerahkan Special Award oleh negara berkenaan. Tahniah diucapkan dan semua warga SMSKP berharap pada masa hadapan, kecemerlangan yang dicapai dapat diteruskan agar nama SMSKP sentiasa megah di mata dunia.

X Plant Box @ Endangered Plant
 

 

PERTANDINGAN OLIMPIAD SAINS DAN MATEMATIK PERINGKAT NEGERI KEDAH 2017

Pada 23 Januari 2017, Gagasan Pendidikan Melayu Malaysia (GAGASAN) telah menganjurkan Pertandingan Olimpiad Sains Dan Matematik Peringkat Negeri Kedah 2017 di Maktab Mahmud Alor Setar, Kedah. Pertandingan ini dianjurkan bagi memantapkan kemahiran murid dalam menyelesaikan masalah Sains dan Matematik dengan kreatif. Pertandingan ini melibatkan 313 murid Tingkatan 4 & 5 dari seluruh negeri Kedah yang mana 187 murid bagi kategori Matematik dan 126 murid lagi bagi kategori Sains.  

Sekolah Menengah Sains Kubang Pasu (SMSKP) telah menghantar 4 orang pelajar perempuan yang terdiri daripada tingkatan 5 untuk menyertai pertandingan ini. Hasilnya, 2 orang pelajar yang dihantar telah berjaya membawa pulang 2 Anugerah Emas dalam 2 kategori yang berbeza. Pelajar tersebut adalah:

  • KATEGORI MATEMATIK
  1. NUR HAZIRAH BINTI MOHD RADZRI – Anugerah Emas beserta wang tunai berjumlah RM100 ( Tempat ke-5 )
  • KATEGORI SAINS
  1. ​RIANEE SYAFIERAH BINTI REDZUAN – Anugerah Emas ( Tempat ke-11 )

Tahniah diucapkan dan diharapkan pada masa akan datang, SMSKP dapat meningkatkan prestasi mereka agar dapat menjuarai pertandingan ini pada masa hadapan. Insya-Allah.

KURSUS KEPIMPINAN “TNB-NURTURING FUTURE LEADERS” ANJURAN YAYASAN TENAGA NASIONAL (YTN)

Para peserta bersama Pengarah YTN dan Pengarah BPSBPK

Pada 16 hingga 19 Januari 2017, Yayasan Tenaga Nasional (YTN) dengan kerjasama Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah menganjurkan Kursus Kepimpinan "TNB-Nurturing Future Leaders" yang melibatkan 137 orang peserta dari semua Sekolah Berasrama Penuh (SBP) di Malaysia. Program ini diadakan bertujuan untuk memberikan pendedahan kepada para peserta mengenai dunia kejuruteraan. Peserta yang menyertai program ini bukanlah calang-calang orang kerana sebelum mereka ini terpilih, pihak YTN telah melakukan saringan bagi mencari mereka yang betul-betul layak sahaja untuk mengikuti program ini. Mereka yang layak ini terpilih berdasarkan :

  1. Keputusan Peperiksaan Akhir Tahun 2016
  2. Pencapaian dalam kokurikulum
  3. Bakat kepimpinan
  4. Keputusan Psikometrik

Dengan keempat-empat kriteria ini, maka 2 orang pelajar dari Sekolah Menengah Sains Kubang Pasu iaitu Muhammad Syakirin Bin Ahmad Sabri, 5 Juara dan Muhammad Afiiny Bin Zulkafli, 5 Juara telah terpilih bagi mengikuti Kursus Kepimpinan "TNB-Nurturing Future Leadersini. Program ini diadakan di R&R Hotel @ UniTEN, Bangi dan berlangsung selama 4 hari 3 malam. Sepanjang mengikuti program ini, para peserta diberi ceramah oleh pelajar tajaan YTN mengenai pengalaman mereka sepanjang mereka menjadi pelajar tajaan YTN , dan dibawa melawat ke Stesen Janakuasa Putrajaya dan Institusi Latihan Sultan Ahmad Shah (ILSAS).

Di Institusi Latihan Sultan Ahmad Shah
Di Stesen Janakuasa Putrajaya

 

Sepanjang program ini juga, para peserta akan dinilai oleh pihak penganjur bagi menentukan sama ada mereka ini layak mendapat Anugerah Emas ataupun Anugerah Perak yang mana mereka ini dinilai dari aspek kepimpinan dan keaktifan sepanjang mengikuti program ini . Dan hasilnya Sekolah Menengah Sains Kubang Pasu telah berjaya membawa pulang 1 Anugerah Emas dan 1 Anugerah Perak.

Muhammad Syakirin Bin Ahmad Sabri – Anugerah Perak

 

 

2016 KAOHSIUNG INTERNATIONAL INVENTION & DESIGN EXPO

Pada 05 hingga 12 Disember 2016, Sekolah Menengah Sains Kubang Pasu (SMSKP) dengan kerjasama PIBG sekolah telah memghantar 2 pasukan inovasi yang terdiri daripada 4 orang pelajar untuk menyertai 2016 Kaohsiung International Invention & Design Expo yang diadakan di International Convention Centre Kaohsiung, Kaohsiung, Taiwan. Puan Hajah Rafeah Binti Hashim, Pengetua SMSKP juga turut serta dalam mengiringi 2 pasukan inovasi ini dalam menyuntik semangat dan motivasi agar mereka yang menyertai pertandingan dapat membuat yang terbaik supaya nama SMSKP dapat dijulang lagi di peringkat Antarabangsa.

Sebelum tibanya hari pembentangan, wakil dari SMSKP ini telah dibawa ke salah sebuah sekolah di Tainan, Taiwan untuk membuat Benchmarking di sekolah tersebut.

Pada hari pembentangan projek, suasana di ICCK ini amat meriah dengan kehadiran lebih daripada 10 000 orang peserta dari pelbagai negara. 2 Pasukan inovasi SMSKP dengan penuh semangat telah membuat yang terbaik. Alhamdulillah, berkat usaha dan doa, 2 Pasukan ini iaitu projek Pomelo Foam Plate dan Newton's Road masing-masing telah berjaya membawa pulang 1 Gold Medal dan 1 Silver Medal.

Projek Pomelo Foam Plate juga telah berjaya menarik minat negara Indonesia dan mereka telah dianugerahkan  Special Award daripada INNOPA.

 

Alhamdulillah, diharapkan SMSKP dapat membuat yang terbaik lagi dalam apa jua pertandingan yang akan datang agar nama dan imej SMSKP dapat diangkat dan diharumkan di peringkat global. Insya-Allah. 

 

PERTANDINGAN INOVASI SAINS, TEKNOLOGI DAN KEJURUTERAAN (PISTEK) 2016

Pada 17-19 November 2016, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah menganjurkan Pertandingan Inovasi Sains, Teknologi dan Kejuruteraan (PISTEK) peringkat kebangsaan 2016 dan 2 projek dari Sekolah Menengah Sains Kubang Pasu telah berjaya dipilih untuk dipertandingkan. Pertandingan ini diadakan di Kolej Vokasional Langkawi, Langkawi, Kedah. Dalam pertandingan ini, SMSKP telah berjaya mendapat 2 Anugerah Gangsa bagi kedua-dua projek yang dipilih.

Namun begitu, dukacita dimaklumkan bahawa kedua-dua projek ini gagal untuk dipilih bagi menyertai INTEL ISEF 2017 yang akan diadakan di Los Angeles, United States Of America (USA). Tetapi, warga SMSKP tetap berbangga dengan kedua-dua pasukan ini kerana mereka ini antara 18 projek terbaik kebangsaan yang dipilih bagi bertanding dalam PISTEK 2016. Cuba lagi dan diharapkan SMSKP dapat melayakkan diri ke INTEL ISEF 2018 kelak. Insya-Allah.

SME BANK Y-BIZ CHALLENGE 2016

Peserta SME Bank Y-Biz Challenge 2016
Peserta dari SMSKP

 

Pada 27 hingga 29 September 2016, Sekolah Menengah Sains Kubang Pasu (SMSKP) telah menghantar 1 pasukan ke SME Bank Y-Biz Challenge 2016 peringkat separuh akhir bertempat di Cherengi Hills Convention & Spa Resort, Janda Baik, Pahang yang mana pasukan ini telah melepasi saringan tahap pertama yang melibatkan 88 penyertaan. Pasukan yang menyertai pertandingan peringkat separuh akhir ini merupakan antara 20 penyertaan atau produk terbaik daripada 88 penyertaan yang dihantar. Daripada 88 penyertaan yang dihantar, produk SMSKP iaitu "AS-SA-IN" telah melepasi saringan tahap pertama dan menjadi antara 20 produk yang terbaik.

Sepanjang program ini, pihak SME Bank juga telah menjalankan aktiviti "Boot Camp" yang mana aktivitinya menguji kecerdasan, kepintaran dan kekreatifan peserta. Antara aktiviti yang dijalankan adalah :

  1. Aktiviti air
  2. Malam bakat
  3. Indoor and outdoor game

Outdoor game

Dalam masa yang sama, juga telah dijalankan sesi pembentangan separuh akhir. SMSKP telah membuat pembentangan produk pada pukul 4.30 petang iaitu pada sesi yang ke-3.

 

Muhammad Afiiny Bin Zulkafli sebagai pembentang produk
Ahli kumpulan sedang menunjukkan produk kepada para juri

Namun demikian, dukacita dimaklumkan bahawa SMSKP gagal melayakkan diri ke peringkat akhir yang diadakan di Menara SME Bank, Kuala Lumpur. Tetapi, tidak mengapa kerana walaupun tidak tersenarai sebagai 10 produk terbaik namun produk "AS-SA-IN" ini merupakan 20 produk yang terbaik daripada 88 produk yang lain. Diharapkan pada masa akan datang, SMSKP dapat menjuarai pertandingan ini, Insya-Allah.

EUREKA INNOVATION EXHIBITION (EIE) INTERNATIONAL LEVEL 2016

Para peserta bersama guru pengiring

Pada 16-18 Ogos 2016, Sekolah Menengah Sains Kubang Pasu (SMSKP) telah menghantar 7 pasukan yang terdiri daripada 14 orang peserta untuk menyertai Eureka innovation exhibition (EIE) International Level 2016 yang diadakan di Universiti Kuala Lumpur (UniKL) cawangan Kulim hi-tech pack, Kedah. Senarai projek yang dihantar adalah :

1) Cosa Candy

2) X plant box @ endangered plant

3) Ecowallet

4) Pomelo Foam Plate

5) The Newton's Road

6) i-stop

7) The masquerade

Berkat usaha dan doa semua warga SMSKP, para peserta telah berjaya membawa pulang 2 emas,  2 perak, dan 1 gangsa.

Gelagat peserta semasa sesi pembentangan
Cosa Candy – Gold Award
X Plant Box @ Endangered Plant – Gold Award
Selepas majlis penyampaian hadiah

 

 

FULLY RESIDENTIAL SCHOOLS INTERNATIONAL SYMPOSIUM (FRSIS) 2016

Wakil SMSKP bersama guru pengiring

Pada 09 Ogos 2016 sehingga 13 Ogos 2016 , Sekolah Menengah Sains Kubang Pasu (SMSKP) telah menghantar 4 orang pelajar yang terdiri daripada 2 orang lelaki dan 2 orang perempuan untuk menyertai Fully Residential Schools International Symposium ( FRSIS ) 2016 yang diadakan di SM Sains Selangor , Kuala Lumpur . Tema FRSIS tahun ini adalah Education Nurtures Solidarity And Harmony dan SMSKP telah ditugaskan untuk menghasilkan sebuah kajian di bawah sub topik bertajuk "Financial Stability Promotes Nation Building" . 4 orang pelajar tersebut adalah :

  1. Muhammad Afiiny Bin Zulkafli sebagai presenter
  2. Siti Nurain Binti Che Mohd Azmi sebagai moderator
  3. Muhammad Suhail Uzair Bin Mahadzer sebagai technical assistant
  4. Liyana Syatirah Binti AB Razak sebagai reportuer

Untuk pengetahuan semua, FRSIS ini boleh dianggap setanding dengan Hari Kecemerlangan Sekolah Berasrama Penuh (HKSBP) kerana ia juga merupakan tradisi Sekolah Berasrama Penuh (SBP) yang diadakan setiap tahun. Yang menjadi perbezaannya adalah FRSIS ini bukan pertandingan bahas tetapi satu pertandingan yang memerlukan peserta membuat kajian mengenai tema tahun berkenaan. Setiap tahun FRSIS disertai bukan sahaja dari Malaysia malah juga melibatkan negara-negara lain di dunia. Pada tahun 2016, FRSIS disertai oleh 6 buah negara iaitu Malaysia, Thailand, Indonesia, Singapura, India dan Vietnam.

Dengan menyertai FRSIS ini, maka para peserta perlu bekerja keras bagi mencari maklumat dan membuat kajian mengenai tema sampingan yang diberi. Oleh itu, pelbagai usaha telah dilakukan oleh peserta dari SMSKP antaranya temubual bersama Puan Hajah Rafeah Binti Hashim, Pengetua SMSKP dan juga Encik Noorden Bin Ahmad, Yang Dipertua PIBG SMSKP. Mereka juga telah pergi ke Universiti Utara Malaysia (UUM) untuk mencari maklumat tambahan dan mendapatkan nasihat salah seorang pensyarah di sana.

Bersama dekan dan pensyarah di UUM

Sehari sebelum FRSIS 2016

Pada hari pembentangan kajian, SMSKP perlu membentangkan kajian mereka di dewan Sekolah Menengah Sains Selangor pada sesi ke-2 iaitu pada pukul 10 pagi.

Sesi Q&A

 

Pada 12 Ogos 2016, semua peserta FRSIS dibawa melawat ke Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) khususnya di Kolej Permata Pintar. Disana,semua peserta diberi penerangan mengenai apakah itu Program Permata Pintar.

Bergambar di Kolej Permata Pintar @ UKM

Semasa melawat di Kolej ini, tidak disangka SMSKP telah bertemu kembali permata KUPSIS yang telah hilang iaitu Muhammad Ikhmal Danial (ZEST) dan Wan Najihah Binti Shahrin (EXTESSO) yang kini sedang menuntut di Kolej Permata Pintar.

Bertemu kembali setelah sekian lama terpisah

 

Pada malam 12 Ogos 2016, tibalah masa yang ditunggu-tunggu iaitu majlis penyampaian hadiah. Alhamdulillah berkat usaha dan doa, SMSKP telah berjaya mendapat anugerah Emas dalam FRSIS 2016. Tahniah diucapkan.Diharapkan agar kejayaan ini akan dikekalkan sehingga bila-bila.