Pada 09 Ogos 2016 sehingga 13 Ogos 2016 , Sekolah Menengah Sains Kubang Pasu (SMSKP) telah menghantar 4 orang pelajar yang terdiri daripada 2 orang lelaki dan 2 orang perempuan untuk menyertai Fully Residential Schools International Symposium ( FRSIS ) 2016 yang diadakan di SM Sains Selangor , Kuala Lumpur . Tema FRSIS tahun ini adalah Education Nurtures Solidarity And Harmony dan SMSKP telah ditugaskan untuk menghasilkan sebuah kajian di bawah sub topik bertajuk "Financial Stability Promotes Nation Building" . 4 orang pelajar tersebut adalah :
- Muhammad Afiiny Bin Zulkafli sebagai presenter
- Siti Nurain Binti Che Mohd Azmi sebagai moderator
- Muhammad Suhail Uzair Bin Mahadzer sebagai technical assistant
- Liyana Syatirah Binti AB Razak sebagai reportuer
Untuk pengetahuan semua, FRSIS ini boleh dianggap setanding dengan Hari Kecemerlangan Sekolah Berasrama Penuh (HKSBP) kerana ia juga merupakan tradisi Sekolah Berasrama Penuh (SBP) yang diadakan setiap tahun. Yang menjadi perbezaannya adalah FRSIS ini bukan pertandingan bahas tetapi satu pertandingan yang memerlukan peserta membuat kajian mengenai tema tahun berkenaan. Setiap tahun FRSIS disertai bukan sahaja dari Malaysia malah juga melibatkan negara-negara lain di dunia. Pada tahun 2016, FRSIS disertai oleh 6 buah negara iaitu Malaysia, Thailand, Indonesia, Singapura, India dan Vietnam.
Dengan menyertai FRSIS ini, maka para peserta perlu bekerja keras bagi mencari maklumat dan membuat kajian mengenai tema sampingan yang diberi. Oleh itu, pelbagai usaha telah dilakukan oleh peserta dari SMSKP antaranya temubual bersama Puan Hajah Rafeah Binti Hashim, Pengetua SMSKP dan juga Encik Noorden Bin Ahmad, Yang Dipertua PIBG SMSKP. Mereka juga telah pergi ke Universiti Utara Malaysia (UUM) untuk mencari maklumat tambahan dan mendapatkan nasihat salah seorang pensyarah di sana.
Pada hari pembentangan kajian, SMSKP perlu membentangkan kajian mereka di dewan Sekolah Menengah Sains Selangor pada sesi ke-2 iaitu pada pukul 10 pagi.
Pada 12 Ogos 2016, semua peserta FRSIS dibawa melawat ke Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) khususnya di Kolej Permata Pintar. Disana,semua peserta diberi penerangan mengenai apakah itu Program Permata Pintar.
Semasa melawat di Kolej ini, tidak disangka SMSKP telah bertemu kembali permata KUPSIS yang telah hilang iaitu Muhammad Ikhmal Danial (ZEST) dan Wan Najihah Binti Shahrin (EXTESSO) yang kini sedang menuntut di Kolej Permata Pintar.
Pada malam 12 Ogos 2016, tibalah masa yang ditunggu-tunggu iaitu majlis penyampaian hadiah. Alhamdulillah berkat usaha dan doa, SMSKP telah berjaya mendapat anugerah Emas dalam FRSIS 2016. Tahniah diucapkan.Diharapkan agar kejayaan ini akan dikekalkan sehingga bila-bila.