Pada 02 April 2017, Dato' Seri Mahdzir Bin Khalid, YB Menteri Pendidikan Malaysia telah berkunjung ke Sekolah Menengah Sains Kubang Pasu sempena dengan Lawatan Khas YB Menteri Pendidikan Malaysia Ke Sekolah Menengah Sains kubang Pasu dan dalam masa yang sama melancarkan Amalan Pengilangan Baik atau Good Manufacturing Practise (GMP) di Dewan Bitara. Untuk pengetahuan semua, SMSKP merupakan antara 3 buah sekolah Berasrama Penuh yang dipilih menjadi perintis kepada GMP ini. Sekolah yang menjadi perintis projek ini ialah:
- Sekolah Sultan Alam Shah, Putrajaya.
- Sekolah Seri Puteri, Cyberjaya
- Sekolah Menengah Sains Kubang Pasu, Jitra
Dalam lawatan ini juga, para pelajar terutamanya Pengawas Sekolah diberi peluang untuk makan semeja dengan VVIP dan VIP di Dewan Makan Seri Perdana. Hal ini memberi peluang kepada para pelajar untuk beramah mesra dengan para tetamu terutamanya YB Dato' Seri Mahdzir Bin Khalid, Menteri Pendidikan Malaysia.
Pada hari ini juga, semua warga SMSKP berasa amat bertuah kerana bukan mudah untuk dikunjungi YB Menteri Pendidikan Malaysia. Jadi, diharapkan bahawa pada masa akan datang, lebih ramai menteri yang akan berkunjung ke sekolah ini. Insya-Allah