PERTANDINGAN OLIMPIAD SAINS DAN MATEMATIK PERINGKAT NEGERI KEDAH 2017

Pada 23 Januari 2017, Gagasan Pendidikan Melayu Malaysia (GAGASAN) telah menganjurkan Pertandingan Olimpiad Sains Dan Matematik Peringkat Negeri Kedah 2017 di Maktab Mahmud Alor Setar, Kedah. Pertandingan ini dianjurkan bagi memantapkan kemahiran murid dalam menyelesaikan masalah Sains dan Matematik dengan kreatif. Pertandingan ini melibatkan 313 murid Tingkatan 4 & 5 dari seluruh negeri Kedah yang mana 187 murid bagi kategori Matematik dan 126 murid lagi bagi kategori Sains.  

Sekolah Menengah Sains Kubang Pasu (SMSKP) telah menghantar 4 orang pelajar perempuan yang terdiri daripada tingkatan 5 untuk menyertai pertandingan ini. Hasilnya, 2 orang pelajar yang dihantar telah berjaya membawa pulang 2 Anugerah Emas dalam 2 kategori yang berbeza. Pelajar tersebut adalah:

  • KATEGORI MATEMATIK
  1. NUR HAZIRAH BINTI MOHD RADZRI – Anugerah Emas beserta wang tunai berjumlah RM100 ( Tempat ke-5 )
  • KATEGORI SAINS
  1. ​RIANEE SYAFIERAH BINTI REDZUAN – Anugerah Emas ( Tempat ke-11 )

Tahniah diucapkan dan diharapkan pada masa akan datang, SMSKP dapat meningkatkan prestasi mereka agar dapat menjuarai pertandingan ini pada masa hadapan. Insya-Allah.

KURSUS KEPIMPINAN “TNB-NURTURING FUTURE LEADERS” ANJURAN YAYASAN TENAGA NASIONAL (YTN)

Para peserta bersama Pengarah YTN dan Pengarah BPSBPK

Pada 16 hingga 19 Januari 2017, Yayasan Tenaga Nasional (YTN) dengan kerjasama Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah menganjurkan Kursus Kepimpinan "TNB-Nurturing Future Leaders" yang melibatkan 137 orang peserta dari semua Sekolah Berasrama Penuh (SBP) di Malaysia. Program ini diadakan bertujuan untuk memberikan pendedahan kepada para peserta mengenai dunia kejuruteraan. Peserta yang menyertai program ini bukanlah calang-calang orang kerana sebelum mereka ini terpilih, pihak YTN telah melakukan saringan bagi mencari mereka yang betul-betul layak sahaja untuk mengikuti program ini. Mereka yang layak ini terpilih berdasarkan :

  1. Keputusan Peperiksaan Akhir Tahun 2016
  2. Pencapaian dalam kokurikulum
  3. Bakat kepimpinan
  4. Keputusan Psikometrik

Dengan keempat-empat kriteria ini, maka 2 orang pelajar dari Sekolah Menengah Sains Kubang Pasu iaitu Muhammad Syakirin Bin Ahmad Sabri, 5 Juara dan Muhammad Afiiny Bin Zulkafli, 5 Juara telah terpilih bagi mengikuti Kursus Kepimpinan "TNB-Nurturing Future Leadersini. Program ini diadakan di R&R Hotel @ UniTEN, Bangi dan berlangsung selama 4 hari 3 malam. Sepanjang mengikuti program ini, para peserta diberi ceramah oleh pelajar tajaan YTN mengenai pengalaman mereka sepanjang mereka menjadi pelajar tajaan YTN , dan dibawa melawat ke Stesen Janakuasa Putrajaya dan Institusi Latihan Sultan Ahmad Shah (ILSAS).

Di Institusi Latihan Sultan Ahmad Shah
Di Stesen Janakuasa Putrajaya

 

Sepanjang program ini juga, para peserta akan dinilai oleh pihak penganjur bagi menentukan sama ada mereka ini layak mendapat Anugerah Emas ataupun Anugerah Perak yang mana mereka ini dinilai dari aspek kepimpinan dan keaktifan sepanjang mengikuti program ini . Dan hasilnya Sekolah Menengah Sains Kubang Pasu telah berjaya membawa pulang 1 Anugerah Emas dan 1 Anugerah Perak.

Muhammad Syakirin Bin Ahmad Sabri – Anugerah Perak

 

 

2016 KAOHSIUNG INTERNATIONAL INVENTION & DESIGN EXPO

Pada 05 hingga 12 Disember 2016, Sekolah Menengah Sains Kubang Pasu (SMSKP) dengan kerjasama PIBG sekolah telah memghantar 2 pasukan inovasi yang terdiri daripada 4 orang pelajar untuk menyertai 2016 Kaohsiung International Invention & Design Expo yang diadakan di International Convention Centre Kaohsiung, Kaohsiung, Taiwan. Puan Hajah Rafeah Binti Hashim, Pengetua SMSKP juga turut serta dalam mengiringi 2 pasukan inovasi ini dalam menyuntik semangat dan motivasi agar mereka yang menyertai pertandingan dapat membuat yang terbaik supaya nama SMSKP dapat dijulang lagi di peringkat Antarabangsa.

Sebelum tibanya hari pembentangan, wakil dari SMSKP ini telah dibawa ke salah sebuah sekolah di Tainan, Taiwan untuk membuat Benchmarking di sekolah tersebut.

Pada hari pembentangan projek, suasana di ICCK ini amat meriah dengan kehadiran lebih daripada 10 000 orang peserta dari pelbagai negara. 2 Pasukan inovasi SMSKP dengan penuh semangat telah membuat yang terbaik. Alhamdulillah, berkat usaha dan doa, 2 Pasukan ini iaitu projek Pomelo Foam Plate dan Newton's Road masing-masing telah berjaya membawa pulang 1 Gold Medal dan 1 Silver Medal.

Projek Pomelo Foam Plate juga telah berjaya menarik minat negara Indonesia dan mereka telah dianugerahkan  Special Award daripada INNOPA.

 

Alhamdulillah, diharapkan SMSKP dapat membuat yang terbaik lagi dalam apa jua pertandingan yang akan datang agar nama dan imej SMSKP dapat diangkat dan diharumkan di peringkat global. Insya-Allah. 

 

PERTANDINGAN INOVASI SAINS, TEKNOLOGI DAN KEJURUTERAAN (PISTEK) 2016

Pada 17-19 November 2016, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah menganjurkan Pertandingan Inovasi Sains, Teknologi dan Kejuruteraan (PISTEK) peringkat kebangsaan 2016 dan 2 projek dari Sekolah Menengah Sains Kubang Pasu telah berjaya dipilih untuk dipertandingkan. Pertandingan ini diadakan di Kolej Vokasional Langkawi, Langkawi, Kedah. Dalam pertandingan ini, SMSKP telah berjaya mendapat 2 Anugerah Gangsa bagi kedua-dua projek yang dipilih.

Namun begitu, dukacita dimaklumkan bahawa kedua-dua projek ini gagal untuk dipilih bagi menyertai INTEL ISEF 2017 yang akan diadakan di Los Angeles, United States Of America (USA). Tetapi, warga SMSKP tetap berbangga dengan kedua-dua pasukan ini kerana mereka ini antara 18 projek terbaik kebangsaan yang dipilih bagi bertanding dalam PISTEK 2016. Cuba lagi dan diharapkan SMSKP dapat melayakkan diri ke INTEL ISEF 2018 kelak. Insya-Allah.

MAJLIS MENGACAU BUBUR ASYURA 1438H

Puan Pengetua turut sama mengacau Bubur Asyura
Puan Pengetua turut sama mengacau Bubur Asyura
Mantan Pengetua SMSKP hadir menyerikan majlis.
Mantan Pengetua SMSKP hadir menyerikan majlis.
Teraju utama Bubur Asyura
Teraju utama kacau Bubur Asyura
Teraju utama Bubur Asyura
Teraju utama Bubur Asyura
Bala tentera Majlis hari ini.
Bala tentera Majlis hari ini.
Bala tentera Majlis hari ini.
Bala tentera Majlis hari ini.
Bala tentera Majlis hari ini.
Bala tentera Majlis hari ini.
PK dan KPA tidak melepaskan peluang mengacau Bubur Asyura
PK dan KPA tidak melepaskan peluang mengacau Bubur Asyura

SME BANK Y-BIZ CHALLENGE 2016

Peserta SME Bank Y-Biz Challenge 2016
Peserta dari SMSKP

 

Pada 27 hingga 29 September 2016, Sekolah Menengah Sains Kubang Pasu (SMSKP) telah menghantar 1 pasukan ke SME Bank Y-Biz Challenge 2016 peringkat separuh akhir bertempat di Cherengi Hills Convention & Spa Resort, Janda Baik, Pahang yang mana pasukan ini telah melepasi saringan tahap pertama yang melibatkan 88 penyertaan. Pasukan yang menyertai pertandingan peringkat separuh akhir ini merupakan antara 20 penyertaan atau produk terbaik daripada 88 penyertaan yang dihantar. Daripada 88 penyertaan yang dihantar, produk SMSKP iaitu "AS-SA-IN" telah melepasi saringan tahap pertama dan menjadi antara 20 produk yang terbaik.

Sepanjang program ini, pihak SME Bank juga telah menjalankan aktiviti "Boot Camp" yang mana aktivitinya menguji kecerdasan, kepintaran dan kekreatifan peserta. Antara aktiviti yang dijalankan adalah :

  1. Aktiviti air
  2. Malam bakat
  3. Indoor and outdoor game

Outdoor game

Dalam masa yang sama, juga telah dijalankan sesi pembentangan separuh akhir. SMSKP telah membuat pembentangan produk pada pukul 4.30 petang iaitu pada sesi yang ke-3.

 

Muhammad Afiiny Bin Zulkafli sebagai pembentang produk
Ahli kumpulan sedang menunjukkan produk kepada para juri

Namun demikian, dukacita dimaklumkan bahawa SMSKP gagal melayakkan diri ke peringkat akhir yang diadakan di Menara SME Bank, Kuala Lumpur. Tetapi, tidak mengapa kerana walaupun tidak tersenarai sebagai 10 produk terbaik namun produk "AS-SA-IN" ini merupakan 20 produk yang terbaik daripada 88 produk yang lain. Diharapkan pada masa akan datang, SMSKP dapat menjuarai pertandingan ini, Insya-Allah.