Pada 16-18 Ogos 2016, Sekolah Menengah Sains Kubang Pasu (SMSKP) telah menghantar 7 pasukan yang terdiri daripada 14 orang peserta untukmenyertaiEureka innovation exhibition (EIE) International Level 2016 yang diadakan di Universiti Kuala Lumpur (UniKL) cawangan Kulim hi-tech pack, Kedah. Senarai projek yang dihantar adalah :
1) Cosa Candy
2) X plant box @ endangered plant
3) Ecowallet
4) Pomelo Foam Plate
5) The Newton's Road
6) i-stop
7) The masquerade
Berkat usaha dan doa semua warga SMSKP, para peserta telah berjaya membawa pulang 2 emas, 2 perak, dan 1 gangsa.
Gelagat peserta semasa sesi pembentanganCosa Candy – Gold AwardX Plant Box @ Endangered Plant – Gold AwardSelepas majlis penyampaian hadiah
Pada 09 Ogos 2016 sehingga 13 Ogos 2016 , Sekolah Menengah Sains Kubang Pasu (SMSKP) telah menghantar 4 orang pelajar yang terdiri daripada 2 orang lelaki dan 2 orang perempuan untuk menyertaiFully Residential Schools International Symposium ( FRSIS ) 2016 yang diadakan di SM Sains Selangor , Kuala Lumpur . Tema FRSIS tahun ini adalah Education Nurtures Solidarity And Harmonydan SMSKP telah ditugaskan untuk menghasilkan sebuah kajian di bawah sub topik bertajuk "Financial Stability Promotes Nation Building" . 4 orang pelajar tersebut adalah :
Muhammad Afiiny Bin Zulkafli sebagai presenter
Siti Nurain Binti Che Mohd Azmi sebagai moderator
Muhammad Suhail Uzair Bin Mahadzer sebagai technical assistant
Liyana Syatirah Binti AB Razak sebagai reportuer
Untuk pengetahuan semua, FRSIS ini boleh dianggap setanding dengan Hari Kecemerlangan Sekolah Berasrama Penuh (HKSBP) kerana ia juga merupakan tradisi Sekolah Berasrama Penuh (SBP) yang diadakan setiap tahun. Yang menjadi perbezaannya adalah FRSIS ini bukan pertandingan bahas tetapi satu pertandingan yang memerlukan peserta membuat kajian mengenai tema tahun berkenaan. Setiap tahun FRSIS disertai bukan sahaja dari Malaysia malah juga melibatkan negara-negara lain di dunia. Pada tahun 2016, FRSIS disertai oleh 6 buah negara iaitu Malaysia, Thailand, Indonesia, Singapura, India dan Vietnam.
Dengan menyertai FRSIS ini, maka para peserta perlu bekerja keras bagi mencari maklumat dan membuat kajian mengenai tema sampingan yang diberi. Oleh itu, pelbagai usaha telah dilakukan oleh peserta dari SMSKP antaranya temubual bersama Puan Hajah Rafeah Binti Hashim, Pengetua SMSKP dan juga Encik Noorden Bin Ahmad, Yang Dipertua PIBG SMSKP. Mereka juga telah pergi ke Universiti Utara Malaysia (UUM) untuk mencari maklumat tambahan dan mendapatkan nasihat salah seorang pensyarah di sana.
Bersama dekan dan pensyarah di UUM
Sehari sebelum FRSIS 2016
Pada hari pembentangan kajian, SMSKP perlu membentangkan kajian mereka di dewan Sekolah Menengah Sains Selangor pada sesi ke-2 iaitu pada pukul 10 pagi.
Sesi Q&A
Pada 12 Ogos 2016, semua peserta FRSIS dibawa melawat ke Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) khususnya di Kolej Permata Pintar. Disana,semua peserta diberi penerangan mengenai apakah itu Program Permata Pintar.
Semasa melawat di Kolej ini, tidak disangka SMSKP telah bertemu kembali permata KUPSIS yang telah hilang iaitu Muhammad Ikhmal Danial (ZEST) dan Wan Najihah Binti Shahrin (EXTESSO) yang kini sedang menuntut di Kolej Permata Pintar.
Pada malam 12 Ogos 2016, tibalah masa yang ditunggu-tunggu iaitu majlis penyampaian hadiah. Alhamdulillah berkat usaha dan doa, SMSKP telah berjaya mendapat anugerah Emas dalam FRSIS 2016. Tahniah diucapkan.Diharapkan agar kejayaan ini akan dikekalkan sehingga bila-bila.
Perhatian kepada semua ibu bapa dan pelajar SMSKP…
Merujuk kepada arahan pentadbiran yang dikeluarkan oleh Pejabat Setiausaha Kerajaan negeri Kedah, dimaklumkan bahawa Cuti Peristiwa sempena hari Raya Aidil Fitri akan diberikan kepada semua sektor awam di seluruh negeri Kedah Darul Aman pada 10 Julai 2016 (Ahad) sekiranya Hari Raya Pertama jatuh pada 6 Julai 2016 (Rabu). Justeru, pelajar dikehendaki kembali ke asrama SMSKP pada hari Ahad 10 Julai 2016.
Namun begitu, sekiranya Hari raya Pertamajatuh pada5 Julai 2016 (Selasa), maka pelajar diminta pulang ke asramapada hariSabtu 9 Julai 2016.
Sebagai langkah keselamatan, sekiranya cuti jatuh pada 10 Julai 2016, kepada pelajar yang telah membeli tiket bas/keretapi/kapal terbang dan dijangka tiba di sekolah pada 9 Julai 2016, anda hendaklah menukar tiket tersebut. Ini membolehkan anda boleh tiba di sekolah pada 10 Julai 2016.
Namun begitu, sekiranya anda tidak boleh berbuat demikian, sila maklumkan kepada pihak sekolah SEGERA atau menelefon PK HEM atau mana-mana warden.
Pada 14 April 2016, Sekolah Menengah Sains Kubang Pasu telah menyertai ASMO Science Olympiad (ASIAN Science And Maths Olympiad) Anjuran ACSI University Trust dan 4 orang pelajar telah berjaya membawa pulang 3 anugerah gangsa dan 1 merit. Pelajar-pelajar tersebut adalah:
MUHAMMAD AZRI AIMAN B MOHAMMAD JAMIL – Bronze Award
AHMAD DANIAL HAKIM B AHMAD KHAIRUDDIN – Bronze Award
MUHAMMAD ADIB IMRAN B NOOR HAKIM – Bronze Award
NADIAH NABILAH BT MARPHY – Merit
Tahniah diucapkan kepada pelajar ini kerana mereka telah berjaya mengharumkan nama SMSKP di peringkat Antarabangsa.
Pada 22 hingga 26 Mei 2016, Sekolah Menengah Sains Kubang Pasu telah diberi kepercayaan oleh pihak BPSBPK untuk mengendalikan Hari Kecemerlangan Sekolah Berasrama Penuh ( HKSBP ) dan menjadi tuan rumah bagi program tersebut. Pada hari kejadian, semua SBP dari seluruh negara telah datang ke SMSKP bagi memeriahkan program ini. Antara aktiviti pada hari kejadian ialah:
Pertandingan Bahas Bahasa Melayu Piala Perdana Menteri
Pertandingan Bahas Bahasa Inggeris Piala Perdana Menteri
Pameran Inovasi
Gerai jualan
Majlis Anugerah Cemerlang SBP
Majlis Anugerah Akademik dan Kepimpinan SBP
Pada HKSBP kali ini, SMSKP buat pertama kalinya telah melahirkan seorang penerima anugerah bagi Anugerah Pelajar Full Colours iaitu Saudara Mustakim Bin Mohd Razali yang juga merupakan Ketua Pelajar bagi sesi 2015. Kejayaan saudara Mustakim Bin Mohd Razali merangkul anugerah ini diharapkan dapat menjadi pembakar semangat kepada semua pelajar SMSKP untuk menjadi lebih cemerlang dan terbilang pada masa hadapan.
Pada 07-08 Mei 2016, Sekolah Menengah Sains Kubang Pasu telah menyertai Kejohanan Silat Seni Terbuka Parlimen Arau Dan Jemputan 2016 bertempat di Dewan Sivik Arau, Perlis. Bangganya, SMSKP telah berjaya membawa pulang 2 Anugerah Emas dan 1 Anugerah Perak dalam 2 acara berasingan iaitu:
Acara Tempur
NATRAH SHAFINAZ BT HASSAN – pingat emas
NURUL AISHAH BT ABDUL RAHMAN – pingat emas
Acara Tari Solo
ANIS NASUHA BT SHABUDIN – pingat perak
Tahniah dan syabas diucapkan kepada para pemenang.
Pada 01-30 April 2016, Jabatan Penerangan Malaysia, Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia dengan kerjasama Kementerian Pendidikan Malaysia telah menganjurkan Pertandingan Kuiz ASEAN peringkat kebangsaan secara online. Semua pelajar yang berusia antara 15-17 tahun digalakkan menyertai pertandingan ini dan salah seorang pelajar SMSKP telah berjaya sampai ke Level 3 dan mendapat Top 500 daripada semua peserta yang menyertai pertandingan ini. Pelajar tersebut adalah:
Muhammad Afiiny Bin Zulkafli – Level 3-Top 500
Tahniah diucapkan dan SMSKP berharap pada masa akan datang, SMSKP datang menjuarai pertandingan ini, Insya-Allah.
Pada 21-24 April 2016, 10 orang pelajar tingkatan 5 SMSKP telah menghadiri Hari Kebudayaan Bahasa Jerman Sekolah Berasrama Penuh (SBP) kali ke-14 bagi tahun 2016. Program ini diadakan di Sekolah Menengah Sains Rembau, Negeri Sembilan dan berlangsung selama 4 hari 3 malam. Program seumpama ini diadakan bagi mendedahkan budaya orang Jerman kepada para peserta dan bagi menguji kefahaman mereka, pihak penganjur telah membuat pelbagai pertandingan. Dengan menyertai pertandingan ini, ternyata pelajar SMSKP amat memahami dengan ilmu yang diberi. Buktinya, banyak hadiah pertandingan telah dimonopoli oleh pelajar SMSKP iaitu:
Pameran dan persembahan terbaik
ELENSHERRAN A/L RAMACHANDRAN
AMIRUL ‘ADIE SYAHMIE BIN ROSMIRA
MOHD AFIQ BIN AKMAL HISHAM
MUHAMMAD ZAMIR BIN MUHAMMAD ZAMRI
MOHD ABDUL HAKIM BIN LUTHFI
NURUL NADIYAH BT SYAHADAN
NUR IZZAH ‘ATIRAH BINTI CHE KASSIM
NURUL ASHIKIN BINTI RADZALI
JOHAN ZWEIFELDERBALL
PUTERI RAFZATUL ALIA BINTI MEGAT NEZAM
NUR AFIAH AFIFAH BINTI UMAR
JOHAN BREZEL BACKEN
NURUL ASHIKIN BINTI RADZALI
ELENSHERRAN A/L RAMACHANDRAN
JOHAN SCHULTUTE
NUR IZZAH ‘ATIRAH BINTI CHE KASSIM
NAIB JOHAN SCHULTUTE
NUR AFIAH AFIFAH BINTI UMAR
Jutaan tahniah diucapkan kepada para pemenang. KUPSIS THE BEST……!
Pada 21-24 April 2016, Sekolah Menengah Sains Kubang Pasu sekali lagi telah menghantar 4 orang pelajarnya bagi menyertai satu lagi program Sekolah Berasrama Penuh (SBP) iaitu Kursus Kenaikan Pangkat Dan Pertauliahan Kadet Remaja Sekolah Peringkat Kebangsaan yang diadakan di SBP Integrasi Kubang Pasu, Kedah. Program yang berlangsung selama 4 hari 3 malam ini telah menyaksikan 4 orang pelajar ini menunjukkan bakat mereka dalam Kadet Remaja Sekolah (KRS) dan hasilnya keempat-empat pelajar ini telah dikurniakan pangkat iaitu:
MUHAMAD ALIF B MOHD ZAKI – Pengawai Waran II
MUHAMAD AIMAN B AZIZAN – Staf Sarjan
NUR ALIA MAISARAH BT KAMARULZAMAN – Staf Sarjan
NOR SYAZA AKMA BT OMARBAKHI – Sarjan
Tahniah diucapkan kepada para pelajar terutamanya Muhammad Alif Bin Mohd Zaki yang dikurniakan pangkat Pengawai Waran II kerana dalam semua pelajar yang menyertai kursus ini, hanya dua orang sahaja yang dikurniakan pangkat Pengawai Waran II. Ini menunjukkan bahawa sekarang SMSKP telah menjadi salah sebuah sekolah yang berdaya saing di Malaysia. Syabas dan Tahniah.