Perhatian kepada semua ibu bapa dan pelajar SMSKP…
Merujuk kepada arahan pentadbiran yang dikeluarkan oleh Pejabat Setiausaha Kerajaan negeri Kedah, dimaklumkan bahawa Cuti Peristiwa sempena hari Raya Aidil Fitri akan diberikan kepada semua sektor awam di seluruh negeri Kedah Darul Aman pada 10 Julai 2016 (Ahad) sekiranya Hari Raya Pertama jatuh pada 6 Julai 2016 (Rabu). Justeru, pelajar dikehendaki kembali ke asrama SMSKP pada hari Ahad 10 Julai 2016.
Namun begitu, sekiranya Hari raya Pertama jatuh pada 5 Julai 2016 (Selasa), maka pelajar diminta pulang ke asrama pada hari Sabtu 9 Julai 2016.
Sebagai langkah keselamatan, sekiranya cuti jatuh pada 10 Julai 2016, kepada pelajar yang telah membeli tiket bas/keretapi/kapal terbang dan dijangka tiba di sekolah pada 9 Julai 2016, anda hendaklah menukar tiket tersebut. Ini membolehkan anda boleh tiba di sekolah pada 10 Julai 2016.
Namun begitu, sekiranya anda tidak boleh berbuat demikian, sila maklumkan kepada pihak sekolah SEGERA atau menelefon PK HEM atau mana-mana warden.
Sekian, terima kasih.