

..:: Sekolah Menengah Sains Kubang Pasu ::..
* sukses * kreatif * produktif *


Salam:
1. Pakaian masa balik asrama seperti biasa : pakaian outing atau bbm.
2. Makan tengah hari disediakan untuk murid F1, F2 dan F3.
Terima kasih.



Kemasukan Semula Murid Tingkatan Empat Ke Sekolah:
Ibu bapa / Waris yang dihormati,
1. Berikutan Kenyataan Media Kementerian Pendidikan Malaysia : Pembukaan Semula Kelas Bukan Peperiksaan Bagi Sekolah Berasrama Kementerian Pendidikan Malaysia pada 9 Julai 2020, maka semua murid tingkatan empat di sekolah berasrama di bawah KPM akan mula bersekolah pada 15 Julai 2020.
2. Sehubungan itu, semua murid tingkatan empat SM Sains Kubang Pasu dikehendaki kembali ke asrama mengikut ketetapan berikut;
Tarikh : 14 Julai 2020
Masa : 2.00 – 6.00 petang
3. Berdasarkan prosedur operasi standard yang sedia ada, murid tingkatan lima dan empat dibenarkan pulang ke rumah untuk menyambut Hari Raya Aidiladha bersama keluarga.
4. Pihak sekolah memohon supaya ibu bapa / waris dapat memberi kerjasama bagi memastikan pembukaan semula sekolah berjalan dengan lancar dan mematuhi SOP yang ditetapkan.
Sekian. Terima kasih.
PENGETUA
SM SAINS KUBANG PASU
10 Julai 2020

Assalamualaikum wbk. Pihak SBP sedang membuat analisis sekiranya ada murid SBP yg disyaki @ dijangkiti COVID-19.
Sebab disyaki @ dijangkiti sama ada positif atau negatif adalah seperti berikut :
Bantuan group PIBG dan guru/AKP diperlukan bagi mendapatkan maklumat ini jika ada.
Bersama-sama ini disertakan link untuk membantu survey:
✅ Maklumat ini perlu diisi jika ada murid disyaki @ dijangkiti.
✅ Tetapi sekiranya ada murid yg termasuk dlm sebab disyaki walaupun result negatif adalah perlu nyatakan juga sebagai makluman.
Sebarang pertanyaan boleh hubungi
Azami bin Man (019-4173310)
Penolong Kanan HEM
SM Sains Kubang Pasu
Sekian Terima Kasih.

Tarikh : 20 Feb 2020
Masa : 7:30 pagi
Tempat : Padang SMSKP
Tarikh : 27 Februari 2020 (Khamis)
Masa : 10:30 pagi
Tempat : Dewan Bitara SMS Kubang Pasu
Surat Panggilan Majlis << Sila klik untuk DOWNLOAD >>

Tarikh : 29 Februari 2020 (Sabtu)
Masa : 2:30 petang
Tempat : Dewan Bitara SMS Kubang Pasu
SEMUA IBUBAPA / PENJAGA DAN GURU DIJEMPUT.
Bahan muat turun mesyuarat boleh didapati di bawah :
1. Surat Panggilan Mesyuarat << Sila klik untuk DOWNLOAD >>
2. Surat Jawapan/Usul << Sila klik untuk DOWNLOAD >>



Senarai harga pakej buku persekolahan dan keperluan asrama 2020 << Sila klik untuk DOWNLOAD >>