PEMAKLUMAN RASMI SM SAINS KUBANG PASU

Ibu Bapa / Waris

Assalamualaikum WBT.

MAKLUMAN PULANG BERMALAM CUTI PERTENGAHAN PENGGAL KE – 2, TAHUN 2020

1. Sukacitanya dimaklumkan bahawa semua murid tingkatan 1, 2, 3, 4 dan 5 dibenarkan pulang bermalam pada 20 – 24 Ogos 2020.

2. Sehubungan itu, semua murid tingkatan 1 hingga 5 dibenarkan pulang pada hari Rabu (19 Ogos 2020) selepas tamat waktu persekolahan dan makan tengah hari. Semua murid dikehendaki kembali ke asrama pada hari Isnin (24 Ogos 2020) sebelum jam 5.00 petang.

3. Ibu bapa digalakkan untuk menjemput para pelajar menggunakan kenderaan sendiri. Para pelajar juga tidak digalakkan pulang menggunakan pengangkutan awam memandangkan kes Covid-19 masih belum pulih sepenuhnya. Keselamatan anak-anak yang balik menggunakan kenderaan awam dibawah tanggungan ibu bapa.

4. Mohon kerjasama ibu bapa untuk mematuhi SOP yang telah ditetapkan oleh KKM/MKN/KPM.

Kerjasama semua ibu bapa diucapkan jutaan terima kasih.

Sekian.

Pengetua
SM Sains Kubang Pasu

13.8.2020