Pada 01-05 April 2016, pasukan hoki SMSKP telah menyertai Kejohanan Hoki Sekolah Berasrama Penuh (SBP) Peringkat Kebangsaan hasil daripada kejayaan mereka merangkul naib johan dalam peringkat negeri. Kejohanan ini telah diadakan di Stadium Hoki Bukit Jalil dan SMSKP berjaya melayakkan diri mereka ke peringkat suku akhir.
Walaupun mereka gagal melayakkan diri ke peringkat separuh akhir, namun warga SMSKP amat berbangga dengan pencapaian sehingga ke suku akhir ini. Kalah menang adat permainan dan SMSKP berharap pada tahun hadapan, "Johan" Kejohanan Hoki SBP ini adalah milik SMSKP. Insya-Allah.