MALAYSIAN INTERNATIONAL YOUNG INVENTORS OLYMPIAD (MIYIO)

Peserta bersama guru pembimbing

Pada 01-03 April 2016, Sekolah Menengah Sains Kubang Pasu telah menghantar 3 kumpulan yang terdiri daripada 6 orang pelajar bagi menyertai salah satu tradisi Sekolah Berasrama Penuh (SBP) iaitu Malaysian International Young Inventors (MIYIO) bertempat di Perda City Mall, Bukit Mertajam, Pulau Pinang. Keputusannya, SMSKP telah berjaya merangkul 1 Anugerah Emas dan 1 Anugerah Perak.

  1. Newton's Road – Gold Award
  2. X Plant Box @ Endangered Plant – Silver Award

Tahniah diucapkan kepada para pemenang.