Sukacita dimaklumkan bahawa borang tawaran sebut harga kantin sekolah boleh didapati di pejabat sekolah mulai :
Tarikh : 01/09/2016 – 01/10/2016
Masa : 8:00pagi – 5:00petang (Ahad – Rabu)
8:00pagi – 3:30petang (Khamis)
Bayaran : RM 30.00
..:: Sekolah Menengah Sains Kubang Pasu ::..
* sukses * kreatif * produktif *
Sukacita dimaklumkan bahawa borang tawaran sebut harga kantin sekolah boleh didapati di pejabat sekolah mulai :
Tarikh : 01/09/2016 – 01/10/2016
Masa : 8:00pagi – 5:00petang (Ahad – Rabu)
8:00pagi – 3:30petang (Khamis)
Bayaran : RM 30.00
Semua ibubapa dan waris di jemput hadir.

Perhatian kepada semua ibu bapa dan pelajar SMSKP…
Merujuk kepada arahan pentadbiran yang dikeluarkan oleh Pejabat Setiausaha Kerajaan negeri Kedah, dimaklumkan bahawa Cuti Peristiwa sempena hari Raya Aidil Fitri akan diberikan kepada semua sektor awam di seluruh negeri Kedah Darul Aman pada 10 Julai 2016 (Ahad) sekiranya Hari Raya Pertama jatuh pada 6 Julai 2016 (Rabu). Justeru, pelajar dikehendaki kembali ke asrama SMSKP pada hari Ahad 10 Julai 2016.
Namun begitu, sekiranya Hari raya Pertama jatuh pada 5 Julai 2016 (Selasa), maka pelajar diminta pulang ke asrama pada hari Sabtu 9 Julai 2016.
Sebagai langkah keselamatan, sekiranya cuti jatuh pada 10 Julai 2016, kepada pelajar yang telah membeli tiket bas/keretapi/kapal terbang dan dijangka tiba di sekolah pada 9 Julai 2016, anda hendaklah menukar tiket tersebut. Ini membolehkan anda boleh tiba di sekolah pada 10 Julai 2016.
Namun begitu, sekiranya anda tidak boleh berbuat demikian, sila maklumkan kepada pihak sekolah SEGERA atau menelefon PK HEM atau mana-mana warden.
Sekian, terima kasih.
Pada 14 April 2016, Sekolah Menengah Sains Kubang Pasu telah menyertai ASMO Science Olympiad (ASIAN Science And Maths Olympiad) Anjuran ACSI University Trust dan 4 orang pelajar telah berjaya membawa pulang 3 anugerah gangsa dan 1 merit. Pelajar-pelajar tersebut adalah:
Tahniah diucapkan kepada pelajar ini kerana mereka telah berjaya mengharumkan nama SMSKP di peringkat Antarabangsa.
Pada 07-08 Mei 2016, Sekolah Menengah Sains Kubang Pasu telah menyertai Kejohanan Silat Seni Terbuka Parlimen Arau Dan Jemputan 2016 bertempat di Dewan Sivik Arau, Perlis. Bangganya, SMSKP telah berjaya membawa pulang 2 Anugerah Emas dan 1 Anugerah Perak dalam 2 acara berasingan iaitu:
Tahniah dan syabas diucapkan kepada para pemenang.
Pada 01-30 April 2016, Jabatan Penerangan Malaysia, Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia dengan kerjasama Kementerian Pendidikan Malaysia telah menganjurkan Pertandingan Kuiz ASEAN peringkat kebangsaan secara online. Semua pelajar yang berusia antara 15-17 tahun digalakkan menyertai pertandingan ini dan salah seorang pelajar SMSKP telah berjaya sampai ke Level 3 dan mendapat Top 500 daripada semua peserta yang menyertai pertandingan ini. Pelajar tersebut adalah:
Tahniah diucapkan dan SMSKP berharap pada masa akan datang, SMSKP datang menjuarai pertandingan ini, Insya-Allah.

Pada 21-24 April 2016, 10 orang pelajar tingkatan 5 SMSKP telah menghadiri Hari Kebudayaan Bahasa Jerman Sekolah Berasrama Penuh (SBP) kali ke-14 bagi tahun 2016. Program ini diadakan di Sekolah Menengah Sains Rembau, Negeri Sembilan dan berlangsung selama 4 hari 3 malam. Program seumpama ini diadakan bagi mendedahkan budaya orang Jerman kepada para peserta dan bagi menguji kefahaman mereka, pihak penganjur telah membuat pelbagai pertandingan. Dengan menyertai pertandingan ini, ternyata pelajar SMSKP amat memahami dengan ilmu yang diberi. Buktinya, banyak hadiah pertandingan telah dimonopoli oleh pelajar SMSKP iaitu:
Jutaan tahniah diucapkan kepada para pemenang. KUPSIS THE BEST……!
Pada 21-24 April 2016, Sekolah Menengah Sains Kubang Pasu sekali lagi telah menghantar 4 orang pelajarnya bagi menyertai satu lagi program Sekolah Berasrama Penuh (SBP) iaitu Kursus Kenaikan Pangkat Dan Pertauliahan Kadet Remaja Sekolah Peringkat Kebangsaan yang diadakan di SBP Integrasi Kubang Pasu, Kedah. Program yang berlangsung selama 4 hari 3 malam ini telah menyaksikan 4 orang pelajar ini menunjukkan bakat mereka dalam Kadet Remaja Sekolah (KRS) dan hasilnya keempat-empat pelajar ini telah dikurniakan pangkat iaitu:
Tahniah diucapkan kepada para pelajar terutamanya Muhammad Alif Bin Mohd Zaki yang dikurniakan pangkat Pengawai Waran II kerana dalam semua pelajar yang menyertai kursus ini, hanya dua orang sahaja yang dikurniakan pangkat Pengawai Waran II. Ini menunjukkan bahawa sekarang SMSKP telah menjadi salah sebuah sekolah yang berdaya saing di Malaysia. Syabas dan Tahniah.


Pada 23-24 April 2016, 4 orang pelajar SMSKP yang terdiri daripada pelajar tingkatan 4 telah dihantar bagi menyertai 3rd International Innovation Design And Articulation. 2 projek telah dipertandingankan dan keputusannya:

Tahniah diucapkan dan warga SMSKP berharap pada masa akan datang nama SMSKP dapat dijulang lagi di peringkat Antarabangsa, Insya-Allah.

Pada 01-05 April 2016, pasukan hoki SMSKP telah menyertai Kejohanan Hoki Sekolah Berasrama Penuh (SBP) Peringkat Kebangsaan hasil daripada kejayaan mereka merangkul naib johan dalam peringkat negeri. Kejohanan ini telah diadakan di Stadium Hoki Bukit Jalil dan SMSKP berjaya melayakkan diri mereka ke peringkat suku akhir.
Walaupun mereka gagal melayakkan diri ke peringkat separuh akhir, namun warga SMSKP amat berbangga dengan pencapaian sehingga ke suku akhir ini. Kalah menang adat permainan dan SMSKP berharap pada tahun hadapan, "Johan" Kejohanan Hoki SBP ini adalah milik SMSKP. Insya-Allah.