Hari Kecemerlangan Sekolah Berasrama Penuh ( HKSBP ) Ke-43

Pada 22 hingga 26 Mei 2016, Sekolah Menengah Sains Kubang Pasu telah diberi kepercayaan oleh pihak BPSBPK untuk mengendalikan Hari Kecemerlangan Sekolah Berasrama Penuh ( HKSBP ) dan menjadi tuan rumah bagi program tersebut. Pada hari kejadian, semua SBP dari seluruh negara telah datang ke SMSKP bagi memeriahkan program ini. Antara aktiviti pada hari kejadian ialah:

  • Pertandingan Bahas Bahasa Melayu Piala Perdana Menteri
  • Pertandingan Bahas Bahasa Inggeris Piala Perdana Menteri
  • Pameran Inovasi
  • Gerai jualan
  • Majlis Anugerah Cemerlang SBP
  • Majlis Anugerah Akademik dan Kepimpinan SBP

Pada HKSBP kali ini, SMSKP buat pertama kalinya telah melahirkan seorang penerima anugerah bagi Anugerah Pelajar Full Colours iaitu Saudara Mustakim Bin Mohd Razali yang juga merupakan Ketua Pelajar bagi sesi 2015. Kejayaan saudara Mustakim Bin Mohd Razali merangkul anugerah ini diharapkan dapat menjadi pembakar semangat kepada semua pelajar SMSKP untuk menjadi lebih cemerlang dan terbilang pada masa hadapan.

Sila layari http://hksbp.smskp.edu.my/ untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai HKSBP ke-43.

24 lagi sekolah diiktiraf SBT

24 lagi sekolah diiktiraf SBT

2013/09/19 – 06:46:36 AM

Putrajaya: Kementerian Pendidikan semalam mengiktiraf 24 lagi sekolah sebagai Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT), termasuk sebuah Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) yang julung kali menerima status itu.

Berikutan pengiktirafan 24 SBT Kohort 4 berkenaan, jumlah SBT sejak dimulakan pada 2010 sudah mencecah 115, melebihi sasaran 110 yang ditetapkan bagi tahun ini. 

Selaras pelan induk

Menteri Pendidikan II, Datuk Seri Idris Jusoh, berkata pencapaian itu adalah selaras Pelan Induk Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 supaya pendidikan negara mencapai status dunia menjelang 2025.

“SBT adalah untuk semua kanak-kanak tanpa batasan geografi, latar belakang, sosioekonomi, tanpa mengira siapa ibu bapa mereka atau tempat mereka belajar dan berpeluang membina masa depan cemerlang,” katanya pada sidang media selepas Majlis Pengiktirafan SBT 2013 di sini, semalam.

 

 

Peruntukan khas 

Setiap sekolah yang diiktiraf SBT akan menerima Peruntukan Khas sebanyak RM700,000 pada tahun pertama, RM500,000 pada tahun kedua dan RM300,000 pada tahun seterusnya.

Semua pengetua dan guru besar SBT diberi autonomi bagi membelanjakan Peruntukan Khas itu, khususnya bagi program pendidikan untuk melonjakkan kecemerlangan sekolah.

Pengetua, guru besar, guru dan anggota khidmat sokongan (AKS) SBT juga layak menerima Bayaran Insentif sekali gus RM1,000 untuk sekolah menengah dan RM700 untuk sekolah rendah. 

Kementerian Pendidikan memperuntukkan RM16.8 juta untuk 24 SBT yang diumum semalam.

 

Capai status

Dalam pada itu, Idris meminta SBT membantu sekolah lain yang berhampiran untuk mencapai status sama dengan memanfaatkan peruntukan yang diterima.

Sementara itu, warga sekolah SJKT Ladang REM, Johor, teruja kerana menjadi sekolah Tamil pertama menerima pengiktirafan SBT dan bertekad mencapai status Sekolah Bestari.

Guru Besarnya, R Paramaswary, berkata usaha untuk mencapai status SBT dimulakan sejak empat tahun lalu dengan kerjasama seluruh warga sekolah itu yang hanya ada 29 murid.

 

INFO: SENARAI SBT 2013

  • SK Tengku Mariam, Johor
  • SJKT Ladang REM, Johor
  • SMK Dato Penggawa Barat, Johor
  • Sekolah Menengah (SM) Sains Kubang Pasu, Kedah
  • SM Sains Machang, Kelantan
  • SK Convent Bukit Nanas (1), Kuala Lumpur
  • Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Kuen Cheng 2, Kuala Lumpur
  • SK Convent Of The Infant Jesus 1, Melaka
  • Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Sharifah Rodziah, Melaka
  • Sekolah Berasrama Penuh (SBP) Integrasi Jempol, Negeri Sembilan
  • SK Convent, Pahang
  • SK Sultan Idris II, Perak
  • SK Marian Convent, Perak 
  • SBP Integrasi Gopeng, Perak
  • SM Sains Raja Tun Azlan Shah, Perak
  • SK Convent Green Lane, Pulau Pinang
  • SJKC Han Chiang, Pulau Pinang
  • SMKA Al-Irshad, Pulau Pinang
  • SK Taman Megah, Selangor
  • SK Bukit Jelutong, Selangor 
  • SK Sri Petaling, Selangor 
  • SMA Persekutuan Kajang, Selangor
  • SBP Integrasi Rawang, Selangor
  • SK Putrajaya Presint 11 (1)

http://www.bharian.com.my/bharian/articles/24lagisekolahdiiktirafSBT/Article