Lawatan Dari Hatyaiwittayalai 2 School

Salam.

Hari ini semua warga SMSKP sangat teruja kerana menerima lawatan balas dari Hatyaiwittayalai2 School dengan diiringi oleh 5 buah sekolah yang lain dari daerah Hatyai, Songkhla iaitu Sathingprawittaya School, Ranodwittaya School, Pakjarwittaya School, Klondanwittaya School dan Namadwittaya School. Lawatan ini adalah kesinambungan kunjungan SMSKP ke sana pada 17 Februari yang lalu.
Walaupun ketibaan rombongan yang disertai hampir sebahagian besarnya pentadbir2 dan guru2 sekolah serta sebahagian pelajar mereka yang mempersembahkan tarian ASEAN, sedikit lewat dari perancangan asal, namun ia tidak mencacatkan kemeriahan sambutan yang telah dirancang.
Setelah disambut meriah dengan paluan kompang dan seni silat, mereka telah diberi taklimat, tontonan multimedia dan sight-seeing sekitar SMSKP. Akhirnya pada jam 12.30 tgh rombongan ini meninggalkan SMSKP untuk meneruskan perjalanan mereka ke Singapura bagi memenuhi agenda pengantarabangsaan dengan sekolah di sana.