PEMAKLUMAN KUPSIS

Kemasukan Semula Murid Tingkatan Empat Ke Sekolah:

Ibu bapa / Waris yang dihormati,

1. Berikutan Kenyataan Media Kementerian Pendidikan Malaysia : Pembukaan Semula Kelas Bukan Peperiksaan Bagi Sekolah Berasrama Kementerian Pendidikan Malaysia pada 9 Julai 2020, maka semua murid tingkatan empat di sekolah berasrama di bawah KPM akan mula bersekolah pada 15 Julai 2020.

2. Sehubungan itu, semua murid tingkatan empat SM Sains Kubang Pasu dikehendaki kembali ke asrama mengikut ketetapan berikut;
Tarikh : 14 Julai 2020
Masa : 2.00 – 6.00 petang

3. Berdasarkan prosedur operasi standard yang sedia ada, murid tingkatan lima dan empat dibenarkan pulang ke rumah untuk menyambut Hari Raya Aidiladha bersama keluarga.

4. Pihak sekolah memohon supaya ibu bapa / waris dapat memberi kerjasama bagi memastikan pembukaan semula sekolah berjalan dengan lancar dan mematuhi SOP yang ditetapkan.

Sekian. Terima kasih.

PENGETUA
SM SAINS KUBANG PASU

10 Julai 2020