HARI KEBUDAYAAN BAHASA JERMAN SEKOLAH BERASRAMA PENUH KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA KALI KE-14

Kontingen dari SMSKP

Pada 21-24 April 2016, 10 orang pelajar tingkatan 5 SMSKP telah menghadiri Hari Kebudayaan Bahasa Jerman Sekolah Berasrama Penuh (SBP)  kali ke-14 bagi tahun 2016. Program ini diadakan di Sekolah Menengah Sains Rembau, Negeri Sembilan dan berlangsung selama 4 hari 3 malam. Program seumpama ini diadakan bagi mendedahkan budaya orang Jerman kepada para peserta dan bagi menguji kefahaman mereka, pihak penganjur telah membuat pelbagai pertandingan. Dengan menyertai pertandingan ini, ternyata pelajar SMSKP amat memahami dengan ilmu yang diberi. Buktinya, banyak hadiah pertandingan telah dimonopoli oleh pelajar SMSKP iaitu:

  • Pameran dan persembahan terbaik
  1. ELENSHERRAN A/L RAMACHANDRAN
  2. AMIRUL  ‘ADIE  SYAHMIE BIN ROSMIRA
  3. MOHD AFIQ BIN AKMAL HISHAM
  4. MUHAMMAD ZAMIR BIN MUHAMMAD ZAMRI
  5. MOHD ABDUL HAKIM BIN LUTHFI
  6. NURUL NADIYAH BT SYAHADAN
  7. NUR IZZAH ‘ATIRAH BINTI CHE KASSIM
  8. NURUL ASHIKIN BINTI RADZALI 
  • JOHAN ZWEIFELDERBALL
  1. PUTERI RAFZATUL ALIA BINTI MEGAT NEZAM
  2. NUR AFIAH AFIFAH BINTI UMAR
  • JOHAN BREZEL BACKEN
  1. NURUL ASHIKIN BINTI RADZALI
  2. ELENSHERRAN A/L RAMACHANDRAN
  • JOHAN SCHULTUTE
  1. NUR IZZAH ‘ATIRAH BINTI CHE KASSIM
  • NAIB JOHAN SCHULTUTE​
  1. NUR AFIAH AFIFAH BINTI UMAR

Jutaan tahniah diucapkan kepada para pemenang. KUPSIS THE BEST……!

KURSUS KENAIKAN PANGKAT DAN PENTAULIAHAN KADET REMAJA SEKOLAH PERINGKAT KEBANGSAAN

Pada 21-24 April 2016, Sekolah Menengah Sains Kubang Pasu sekali lagi telah menghantar 4 orang pelajarnya bagi menyertai satu lagi program Sekolah Berasrama Penuh (SBP) iaitu Kursus Kenaikan Pangkat Dan Pertauliahan Kadet Remaja Sekolah Peringkat Kebangsaan yang diadakan di SBP Integrasi Kubang Pasu, Kedah. Program yang berlangsung selama 4 hari 3 malam ini telah menyaksikan 4 orang pelajar ini menunjukkan bakat mereka dalam Kadet Remaja Sekolah (KRS) dan hasilnya keempat-empat pelajar ini telah dikurniakan pangkat iaitu:

  1. MUHAMAD ALIF B  MOHD ZAKI – Pengawai Waran II
  2. MUHAMAD AIMAN B AZIZAN – Staf Sarjan
  3. NUR ALIA MAISARAH BT KAMARULZAMAN  – Staf Sarjan
  4. NOR SYAZA AKMA BT OMARBAKHI – Sarjan

Tahniah diucapkan kepada para pelajar terutamanya Muhammad Alif Bin Mohd Zaki yang dikurniakan pangkat Pengawai Waran II kerana dalam semua pelajar yang menyertai kursus ini, hanya dua orang sahaja yang dikurniakan pangkat Pengawai Waran II. Ini menunjukkan bahawa sekarang SMSKP telah menjadi salah sebuah sekolah yang berdaya saing di Malaysia. Syabas dan Tahniah. 

Muhammad Alif Bin Mohd Zaki – Pengawai Waran II

3rd INTERNATIONAL INNOVATION DESIGN AND ARTICULATION (i-IDEA 2016)

Wakil dari SMSKP

Pada 23-24 April 2016, 4 orang pelajar SMSKP yang terdiri daripada pelajar tingkatan 4 telah dihantar bagi menyertai 3rd International Innovation Design And Articulation. 2 projek telah dipertandingankan dan keputusannya:

  1. Pomelo Foam Plate – Gold Award
  2. AS-SA-IN – Silver Award

Pomelo Foam Plate – Gold Award

Tahniah diucapkan dan warga SMSKP berharap pada masa akan datang nama SMSKP dapat dijulang lagi di peringkat Antarabangsa, Insya-Allah.