50 pelajar SMSKP dari 690 calon SPM Kedah peroleh semua A dalam semua mata pelajaran.

21/03/2013 11:51am

ALOR STAR – Calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2012 bagi neger ini yang memperoleh dalam semua mata pelajaran yang diambil meningkat kepada 690 org berbanding 558 pada tahun sebelum ini.
Pengarah Pelajaran negeri, Mansor Lat berkata, keputusan tahun ini menunjukkan peningkatan sebanyak 2.11 peratus berbanding 1.74 peratus pada tahun 2011.
"Sekolah Menengah Sains Kubang Pasu merupakan sekolah cemerlang bagi negeri ini dengan gred purata sekolah 1.0989 dengan seramai 50 pelajar memperoleh semua A dalam mata pelajaran yang diambil," katanya kepada pemberita di sini hari ini. – KOSMO!

Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0321&pub=Kosmo&sec=Terkini&pg=bt_10.htm#ixzz2VIOWE1rI
Hakcipta terpelihara 

LAPORAN AKTIVITI MIGHTY MINDS 2012

TARIKH                 :               12 MEI 2012

TEMPAT               :               ALOR SETAR MALL

MASA                   :               8.00 PAGI HINGGA 5.30 PETANG

LAPORAN :

3 pasukan daripada SMSKP telah mengambil bahagian di mana setiap pasukan mengandungi 3 orang pelajar. Mighty Minds ini terdiri daripada 3 pusingan.Pusingan pertama adalah kuiz rawak ,pusingan kedua merekabentuk tempat sidai kain  yang menpunyai pelbagai kegunaan dan pusingan ketiga ialah buzzer kuiz.

Berikut adalah kejayaan sekolah :

Kejayaan

Nama Pelajar

Hadiah

Catatan

Naib Johan peringkat Negeri kedah

ATMARAAJ A/L GOPAL

RM 667 seorang

Dan baucer buku RM100

RM 1000 untuk sekolah sebagai hadiah

KATRIGAYAN A/L GUNASEKARAN

THEWANRAJ A/L MARIYAPAN

Tempat Keempat

peringkat Negeri kedah

DANIA SAHIRA  BINTI ZULKIFLI

RM 167 seorang dan

baucer buku RM100

 

YUSRINA FATINI BINTI MODH YUNOS

NURUL  HUMAIRA BINTI MOHD REDZUAN

Lawatan Dari Hatyaiwittayalai 2 School

Salam.

Hari ini semua warga SMSKP sangat teruja kerana menerima lawatan balas dari Hatyaiwittayalai2 School dengan diiringi oleh 5 buah sekolah yang lain dari daerah Hatyai, Songkhla iaitu Sathingprawittaya School, Ranodwittaya School, Pakjarwittaya School, Klondanwittaya School dan Namadwittaya School. Lawatan ini adalah kesinambungan kunjungan SMSKP ke sana pada 17 Februari yang lalu.
Walaupun ketibaan rombongan yang disertai hampir sebahagian besarnya pentadbir2 dan guru2 sekolah serta sebahagian pelajar mereka yang mempersembahkan tarian ASEAN, sedikit lewat dari perancangan asal, namun ia tidak mencacatkan kemeriahan sambutan yang telah dirancang.
Setelah disambut meriah dengan paluan kompang dan seni silat, mereka telah diberi taklimat, tontonan multimedia dan sight-seeing sekitar SMSKP. Akhirnya pada jam 12.30 tgh rombongan ini meninggalkan SMSKP untuk meneruskan perjalanan mereka ke Singapura bagi memenuhi agenda pengantarabangsaan dengan sekolah di sana.