Keputusan SPM 2014 mencatat penurunan

Pencapaian bagaimanapun, masih mengatasi GPN yang telah ditetapkan pada 5.08
 

result spm 2015

KUALA LUMPUR: Pencapaian keseluruhan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2014 di sekolah-sekolah seluruh negara yang diumumkan semalam, menunjukkan penurunan namun ia masih mengatasi Gred Purata Nasional (GPN) yang ditetapkan pada 5.08.

GPN ialah indeks yang diguna untuk menunjukkan pencapaian calon di seluruh negara iaitu jika semakin kecil nilainya menunjukkan pencapaian lebih baik.

 

 

Di KEDAH, Pengarah Pelajaran negeri Datin Azuyah Hassan berkata 484 calon memperoleh gred A bagi semua mata pelajaran berbanding 622 calon pada 2013.

“GPN negeri adalah 5.19 mata berbanding 5.04 pada 2013,” katanya yang turut mengumumkan SMK Sultanah Asma sebagai sekolah terbaik, diikuti SM Sains Kubang Pasu, SMK Sultan Badlishah dan SM Sains Pokok Sena.

 

Di KUALA LUMPUR, Pengarah Pendidikan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur Datin Nawal Salleh berkata 776 daripada 23,783 calon memperoleh A dalam semua mata pelajaran berbanding 994 daripada 24,483 calon pada 2013.

Katanya pencapaian GPN bagi negeri adalah 4.73 berbanding 4.55 tahun sebelumnya iaitu penurunan 0.18 mata.

Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Cochrane, SMK Taman Yarl, Sekolah Sukan Bukit Jalil, SMK Raja Ali, SMK Yaacob Latif dan SMK Agama Kuala Lumpur diumumkan antara sekolah yang mencatatkan keputusan cemerlang.

 

Di JOHOR, Pengarah Pendidikan negeri Aminudin Adam berkata 1,204 calon memperoleh gred cemerlang A+, A dan A- dalam semua mata pelajaran berbanding 1,582 pada 2013.

Beliau berkata sebilangan besar daripada mereka mengambil sembilan, 10 atau 11 mata pelajaran.

“Pencapaian GPN bagi Johor pada 2014 adalah 5.00 mata berbanding 4.87 mata pada tahun sebelumnya,” katanya ketika mengumumkan keputusan itu di Muar.

 

Di PULAU PINANG, 952 atau 4.36 peratus daripada 21,816 calon memperoleh A dalam semua mata pelajaran, kata Pengarah Jabatan Pendidikan Datuk Osman Hussain yang turut memaklumkan pencapaian GPN bagi negeri ialah 4.83 berbanding 4.73 tahun sebelumnya.

Sebanyak 17,912 atau 82.10 peratus calon layak mendapat sijil dan 24 sekolah mencapai prestasi 100 peratus lulus, kata Osman.

 

Di KELANTAN, 314 daripada 34,032 calon mendapat sekurang-kurang A-, dengan lapan daripadanya mendapat gred cemerlang A+ dalam semua mata pelajaran yang diambil.

Pengarah Pendidikan Kelantan Hussain Awang ketika mengumumkan keputusan itu di Kota Baharu berkata pencapaian GPN negeri pula adalah 5.03 berbanding 4.89 pada 2013.

“Sebanyak 88.81 peratus atau 22,799 calon layak mendapat sijil peringkat negeri, peningkatan 0.55 peratus berbanding 2013,” katanya.

Sebanyak 27 sekolah pula lulus 100 peratus berbanding 24 sekolah pada tahun sebelumnya.

 

Di SELANGOR, Ketua Sektor Pengurusan Akademik negeri Roziah Buang berkata 2,122 daripada 71,615 calon SPM 2014 memperoleh A dalam semua mata pelajaran.

Bagaimanapun, hanya 59,402 calon layak mendapai sijil SPM berbanding 60,208 pada 2013, katanya sambil menambah pencapaian GPN negeri pula turun kepada 4.95 berbanding 4.77 pada SPM 2013.

Dua belas sekolah dikategori cemerlang antaranya Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Rawang, Kolej Islam Sultan Ahmad Shah, Klang, Pusat Permata Pintar Negara, Universiti Kebangsaan Malaysia dan Sekolah Menengah Sains Hulu Selangor, Hulu Selangor.

 

Di MELAKA, Exco Pelajaran, Pengajian Tinggi, Sains dan Teknologi, Teknologi Hijau dan Inovasi Datuk Md Yunos Husin berkata daripada 11,268 calon, 86.3 peratus lulus dan layak memperoleh sijil berbanding 87.3 peratus pada 2013.

“GPN negeri turun 0.21 peratus kepada 5.17 peratus bagi 2014 berbanding 4.96 pada 2013,” katanya sambil menambah 16 sekolah mencapai keputusan 100 peratus lulus.

Md Yunos berkata empat calon memperoleh semua A+ berbanding enam tahun sebelumnya, manakala bilangan pelajar yang memperoleh semua A juga turun kepada 333 berbanding 404 pada SPM 2013.

 

Di PERAK, sejumlah 934 daripada 36,762 calon memperoleh A dalam semua mata pelajaran, kata Pengarah Pendidikan negeri Rozi Puteh Ismail yang turut memaklumkan GPN negeri turun kepada 5.20 berbanding 5.01 tahun sebelumnya.

“Kemerosotan itu disebabkan prestasi mata pelajaran teras iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Pendidikan Moral, Sejarah, Matematik dan Sains menurun,” katanya ketika mengumumkan keputusan SPM 2014 di Ipoh.

Antara sekolah terbaik di negeri itu ialah Sekolah Menengah Sains Tapah, SMK Horley Methodist Teluk Intan, SMK Tarcisian Covent Ipoh dan SMK Ave Maria Ipoh.

 

Di PAHANG, sebanyak 17,812 daripada 20,496 calon, layak mendapat sijil dengan 341 mendapat keputusan cemerlang semua A, kata Pengarah Pendidikan negeri, Rosdi Ismail. Pencapaian GPN negeri adalah 4.87 berbanding 4.84 pada SPM 2013.

Katanya, bilangan calon mendapat A dalam semua mata pelajaran menurun kepada 341 calon berbanding 401 tahun sebelumnya.

 

 

Di LABUAN, 764 daripada 889 calon lulus dan layak mendapat sijil dengan pencapaian GPN negeri adalah 4.88 berbanding 4.78 pada 2013.

Sebanyak 20 pelajar pula memperoleh gred A+ dan sekurang-kurangnya cemerlang A- dalam semua mata pelajaran yang diambil.

 

Di TERENGGANU, enam daripada 21,765 calon mendapat A+ dalam semua mata pelajaran yang diduduki berbanding lima pada 2013.

Pengarah Pendidikan negeri Zakaria Hussin berkata pencapaian GPN negeri pula menurun kepada 5.00 berbanding 4.90 pada tahun sebelumnya.

 

Di PERLIS, Pengarah Jabatan Pendidikan negeri Rooslee Ismail berkata hanya 55 calon mendapat A+, A dan A- bagi semua mata pelajaran berbanding 80 pada 2013 manakala pencapaian GPN negeri adalah 5.31 berbanding 5.26 pada SPM 2013. — Bernama

 

Pengorbanan ibu ikat perut terbalas

Wartawan Sinar Harian
December 23, 2014

pt3 smskpJITRA – Pengorbanan pasangan suami isteri dalam memenuhi keperluan pelajaran anaknya membuahkan hasil apabila mencapai keputusan cemerlang dalam Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3), yang diumumkan, semalam.
Ahmad Satmi Mohd Sobri, 48, yang bekerja sebagai tukang pendawaian elektrik dan Noraini Shaari, 49, seorang tukang cuci hanya mampu tersenyum bangga selepas anak mereka, Nur Ain Izzati Ahmad Satmi, 15, mendapat keputusan 10A.
Nur Ain Izzati yang juga pelajar Sekolah Menengah (SM) Sains Kubang Pasu berkata, meskipun dia belajar di sekolah berasrama penuh dan mendapat biasiswa, namun keluarganya memberi wang perbelanjaan kira-kira RM250 sebulan bagi melengkapi keperluan pembelajarannya.
“Keluarga saya memang susah dengan pendapatan isi rumah kurang RM2,000 sebulan, selain terpaksa menanggung tiga adik beradik lain yang masih belajar, namun ibu bapa saya tidak pernah berkira soal pelajaran kami.
“Malah, ibu sendiri kata dia sanggup mengikat perut asalkan saya mendapat apa yang diperlukan dalam pelajaran dan sentiasa menasihati supaya sentiasa fokus semasa dalam kelas,“ katanya kepada Sinar Harian, semalam.
Nur Ain Izzati antara sembilan pelajar di SM Sains Kubang Pasu yang memperoleh keputusan cemerlang 10A membabitkan subjek Bahasa Melayu Ujian Bertulis, Bahasa Melayu (Lisan), Bahasa Inggeris Ujian Bertulis dan Bahasa Inggeris (Lisan).
Dia turut cemerlang dalam subjek Sejarah, Geografi, Pendidikan Islam, Matematik, Sains dan Kemahiran Hidup Bersepadu-Perdagangan dan Keusahawanan.
Dalam pada itu, secara keseluruhan, seramai 137 pelajar di SM Sains Kubang Pasu menduduki PT3 buat kali pertama, Oktober lalu.
Nur Ain berkata, dia juga akan memastikan ulang kaji pelajaran dibuat setiap malam selama sejam setengah supaya ilmu yang diperoleh sentiasa segar dalam ingatan.
“Selain itu, saya juga memberi tumpuan sepenuhnya dalam kelas dan merujuk guru sekiranya tidak faham sesuatu topik,” katanya.
Sementara itu, Noraini berkata, setiap kali anaknya itu menduduki peperiksaan, dia akan melakukan solat hajat dan membaca Yasin supaya anaknya mudah menjawab soalan.
“Saya bagitahu Izzati, selain bantuan kewangan, hanya cara ini saya mampu membantu anak saya supaya sentiasa berjaya dalam pelajaran .
"Dan Alhamdulillah melalui usaha saya lakukan sebelum ini, dia juga berjaya memperoleh 5A dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR), tiga tahun lalu, “ katanya.

 

Dipetik dari : http://www.sinarharian.com.my/mobile/edisi/utara/pengorbanan-ibu-ikat-perut-terbalas-1.344081

 

Ismail rides a Wave of passion

ISMAIL Ibrahim, the principal of SM Sains Kubang Pasu, Kedah, is known as "Ismail Wave of English".
principalwave

"Wave of English" was Ismail's brainchild to encourage the study of English in students.

He came up with the Wave of English booklet, which contained 50 English sentences used in daily conversations, telephone conversations, students' oath and doa recitals.

The initiative, which was introduced during his service at SMK Tengku Bendahara in 2001, became an instant hit and helped thousands of students to improve their English.

"The programme is not only aimed at boosting students' English competency, but also to improve their general knowledge," said the 59-year-old Langkawi-born educationist.

Even a decade after he had introduced the module, Ismail maintained his enthusiasm of the language and makes phone calls to his students to ensure that they practise telephone conversation sentences in the booklet.

However, not many knew that the father of five, who has been teaching Bahasa Melayu and History throughout his 35 years of teaching career, had never taken English seriously during his school days.

"Believe it or not, I never passed English during my secondary school days" said the Universiti Malaya Education Faculty graduate, who majored in Bahasa Melayu and History.

It was when he started teaching at SMK Bandin Tuaran, Sabah, in 1975, that he developed an interest in the language.

His affection for English grew stronger when he was promoted as the principal of SMK Tengku Bendahara, where he came up with the idea to introduce the module.

To prove his determination to improve his grasp of the language, Ismail signed up for an English language class in a tuition centre a month after his promotion as principal.

"Just imagine a 48-year-old man sitting in the middle of a tuition class packed with secondary school students.

"But I was not ashamed about it because I subscribe to the principle that learning is a lifelong process," he said with a smile.

Having learnt from his experience, he was determined to make sure that his students understood the importance of English.

"I remind my students that they should not just learn English to pass examinations but to adopt it as their second language as it will be helpful when they enter the job market."

His dedication to education received recognition when he was nominated as one of the finalists for the Excellence Principal Award in conjunction with the national-level Teachers Day celebration on May 16.

After spending more than three decades in the profession, Ismail said teaching was not just a job.

"Teaching is part of your life. It is beyond teaching in the classroom. It is a journey that will lead you to incredible and interesting challenges."

Ismail said to be an excellent teacher, one needed to have a passion.

"Teaching is all about developing talents, motivating them to excel in education and becoming a well-balanced personality."

He added that teachers faced all sorts of hurdles in carrying out their duties but they must persevere to n bring out the best in them.

Ismail, who has one more year of service before bidding farewell to the profession, supports the Malaysia Education Blueprint 2013-2025 (MEB).

"The blueprint is aimed at producing a generation of Malaysians who are knowledgeable, with good leadership qualities, multi-lingual and have strong moral and religious values, qualities that will enable them to compete at the global level." Additional reporting by Zahratulhayat Mat Arif

Read more: Ismail rides a Wave of passion – General – New Straits Times http://www.nst.com.my/nation/general/ismail-rides-a-wave-of-passion-1.590468#ixzz31bLzn6yn

Majlis Penyampaian Hadiah Liga Remaja Kreatif 2013 – Zon Utara

19/09/2013

logo_LRK

Tempat : Trader's Hotel, Pulau Pinang

Senarai Pemenang Zon Utara :-

Peringkat Negeri Perlis : SMA AL MADRASAH AL-ALAWIYAH AD DINIAH
Peringkat Negeri Kedah : SMS KUBANG PASU
Peringkat Negeri Pulau Pinang : SMJK CHUNG LING PULAU PINANG
Peringkat Negeri Perak : SMK RAPAT SETIA

http://www.skmm.gov.my/Media/Events/MCMC/19-September-2013-Majlis-Penyampaian-Hadiah-Liga-R.aspx

24 lagi sekolah diiktiraf SBT

 

2013/09/19 – 06:46:36 AM

Putrajaya: Kementerian Pendidikan semalam mengiktiraf 24 lagi sekolah sebagai Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT), termasuk sebuah Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) yang julung kali menerima status itu.

Berikutan pengiktirafan 24 SBT Kohort 4 berkenaan, jumlah SBT sejak dimulakan pada 2010 sudah mencecah 115, melebihi sasaran 110 yang ditetapkan bagi tahun ini. 

Selaras pelan induk

Menteri Pendidikan II, Datuk Seri Idris Jusoh, berkata pencapaian itu adalah selaras Pelan Induk Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 supaya pendidikan negara mencapai status dunia menjelang 2025.

“SBT adalah untuk semua kanak-kanak tanpa batasan geografi, latar belakang, sosioekonomi, tanpa mengira siapa ibu bapa mereka atau tempat mereka belajar dan berpeluang membina masa depan cemerlang,” katanya pada sidang media selepas Majlis Pengiktirafan SBT 2013 di sini, semalam.

 

 

Peruntukan khas 

Setiap sekolah yang diiktiraf SBT akan menerima Peruntukan Khas sebanyak RM700,000 pada tahun pertama, RM500,000 pada tahun kedua dan RM300,000 pada tahun seterusnya.

Semua pengetua dan guru besar SBT diberi autonomi bagi membelanjakan Peruntukan Khas itu, khususnya bagi program pendidikan untuk melonjakkan kecemerlangan sekolah.

Pengetua, guru besar, guru dan anggota khidmat sokongan (AKS) SBT juga layak menerima Bayaran Insentif sekali gus RM1,000 untuk sekolah menengah dan RM700 untuk sekolah rendah. 

Kementerian Pendidikan memperuntukkan RM16.8 juta untuk 24 SBT yang diumum semalam.

 

Capai status

Dalam pada itu, Idris meminta SBT membantu sekolah lain yang berhampiran untuk mencapai status sama dengan memanfaatkan peruntukan yang diterima.

Sementara itu, warga sekolah SJKT Ladang REM, Johor, teruja kerana menjadi sekolah Tamil pertama menerima pengiktirafan SBT dan bertekad mencapai status Sekolah Bestari.

Guru Besarnya, R Paramaswary, berkata usaha untuk mencapai status SBT dimulakan sejak empat tahun lalu dengan kerjasama seluruh warga sekolah itu yang hanya ada 29 murid.

 

INFO: SENARAI SBT 2013

  • SK Tengku Mariam, Johor
  • SJKT Ladang REM, Johor
  • SMK Dato Penggawa Barat, Johor
  • Sekolah Menengah (SM) Sains Kubang Pasu, Kedah
  • SM Sains Machang, Kelantan
  • SK Convent Bukit Nanas (1), Kuala Lumpur
  • Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Kuen Cheng 2, Kuala Lumpur
  • SK Convent Of The Infant Jesus 1, Melaka
  • Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Sharifah Rodziah, Melaka
  • Sekolah Berasrama Penuh (SBP) Integrasi Jempol, Negeri Sembilan
  • SK Convent, Pahang
  • SK Sultan Idris II, Perak
  • SK Marian Convent, Perak 
  • SBP Integrasi Gopeng, Perak
  • SM Sains Raja Tun Azlan Shah, Perak
  • SK Convent Green Lane, Pulau Pinang
  • SJKC Han Chiang, Pulau Pinang
  • SMKA Al-Irshad, Pulau Pinang
  • SK Taman Megah, Selangor
  • SK Bukit Jelutong, Selangor 
  • SK Sri Petaling, Selangor 
  • SMA Persekutuan Kajang, Selangor
  • SBP Integrasi Rawang, Selangor
  • SK Putrajaya Presint 11 (1)

http://www.bharian.com.my/bharian/articles/24lagisekolahdiiktirafSBT/Article

50 pelajar SMSKP dari 690 calon SPM Kedah peroleh semua A dalam semua mata pelajaran.

21/03/2013 11:51am

ALOR STAR – Calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2012 bagi neger ini yang memperoleh dalam semua mata pelajaran yang diambil meningkat kepada 690 org berbanding 558 pada tahun sebelum ini.
Pengarah Pelajaran negeri, Mansor Lat berkata, keputusan tahun ini menunjukkan peningkatan sebanyak 2.11 peratus berbanding 1.74 peratus pada tahun 2011.
"Sekolah Menengah Sains Kubang Pasu merupakan sekolah cemerlang bagi negeri ini dengan gred purata sekolah 1.0989 dengan seramai 50 pelajar memperoleh semua A dalam mata pelajaran yang diambil," katanya kepada pemberita di sini hari ini. – KOSMO!

Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0321&pub=Kosmo&sec=Terkini&pg=bt_10.htm#ixzz2VIOWE1rI
Hakcipta terpelihara 

LAPORAN AKTIVITI MIGHTY MINDS 2012

TARIKH                 :               12 MEI 2012

TEMPAT               :               ALOR SETAR MALL

MASA                   :               8.00 PAGI HINGGA 5.30 PETANG

LAPORAN :

3 pasukan daripada SMSKP telah mengambil bahagian di mana setiap pasukan mengandungi 3 orang pelajar. Mighty Minds ini terdiri daripada 3 pusingan.Pusingan pertama adalah kuiz rawak ,pusingan kedua merekabentuk tempat sidai kain  yang menpunyai pelbagai kegunaan dan pusingan ketiga ialah buzzer kuiz.

Berikut adalah kejayaan sekolah :

Kejayaan

Nama Pelajar

Hadiah

Catatan

Naib Johan peringkat Negeri kedah

ATMARAAJ A/L GOPAL

RM 667 seorang

Dan baucer buku RM100

RM 1000 untuk sekolah sebagai hadiah

KATRIGAYAN A/L GUNASEKARAN

THEWANRAJ A/L MARIYAPAN

Tempat Keempat

peringkat Negeri kedah

DANIA SAHIRA  BINTI ZULKIFLI

RM 167 seorang dan

baucer buku RM100

 

YUSRINA FATINI BINTI MODH YUNOS

NURUL  HUMAIRA BINTI MOHD REDZUAN

Lawatan Dari Hatyaiwittayalai 2 School

Salam.

Hari ini semua warga SMSKP sangat teruja kerana menerima lawatan balas dari Hatyaiwittayalai2 School dengan diiringi oleh 5 buah sekolah yang lain dari daerah Hatyai, Songkhla iaitu Sathingprawittaya School, Ranodwittaya School, Pakjarwittaya School, Klondanwittaya School dan Namadwittaya School. Lawatan ini adalah kesinambungan kunjungan SMSKP ke sana pada 17 Februari yang lalu.
Walaupun ketibaan rombongan yang disertai hampir sebahagian besarnya pentadbir2 dan guru2 sekolah serta sebahagian pelajar mereka yang mempersembahkan tarian ASEAN, sedikit lewat dari perancangan asal, namun ia tidak mencacatkan kemeriahan sambutan yang telah dirancang.
Setelah disambut meriah dengan paluan kompang dan seni silat, mereka telah diberi taklimat, tontonan multimedia dan sight-seeing sekitar SMSKP. Akhirnya pada jam 12.30 tgh rombongan ini meninggalkan SMSKP untuk meneruskan perjalanan mereka ke Singapura bagi memenuhi agenda pengantarabangsaan dengan sekolah di sana.