VISI / MISI / PIAGAM PELANGGAN

VISI

Memartabatkan Sekolah Menengah Sains Kubang Pasu sebagai SBP terbilang di Malaysia menjelang tahun 2014.

MISI

Warga sekolah akan bersama-sama untuk:

1. Meningkatkan kualiti pencapaian akademik

2. Mencemerlangkan pencapaian kokurikulum

3. Melahirkan modal insan berakhlak mulia

4. Meningkatkan tahap profesionalisme guru dan staf sokongan

5. Mewujudkan iklim dan persekitaran sekolah yang kondusif

6. Menjalinkan hubungan erat dengan ibu bapa dan komuniti

PIAGAM PELANGGAN

Kami berikrar dan berjanji akan memastikan sekolah ini berjaya menzahirkan perkara-perkara berikut:

SEKOLAH – Sentiasa berusaha untuk memberi pendidikan berkualiti kepada pelajar bagi memastikan pencapaian cemerlang dalam bidang kurikulum, kokurikulum dan sahsiah.

MENENGAH – Memastikan perkhidmatan cekap, cepat, tegas dan tepat bagi mewujudkan pentadbiran yang bersih, cekap, dan amanah demi kepentingan bersama

SAINS – Sedar dan insaf bahawa kemudahan fizikal dan keceriaan sekolah amat penting dalam mewujudkan persekitaran yang kondusif dan harmonis dalam konteks ‘Sekolah Ceria, warga SMS KUBANG PASU Bahagia’.

KUBANG – Keazaman seluruh warga SMS KUBANG PASU untuk menjayakan visi dan misi sekolah dizahirkan menerusi pendekatan berfokus, tertib tindakan dan mempamerkan usaha yang gigih dan berterusan dengan menawarkan perkhidmatan terbaik kepada seluruh pelajar

PASU – Pelajar, guru, dan staf sokongan sentiasa berusaha mewujudkan kerjasama dan komitmen yang padu serta mesra bersama ibu bapa / waris, penjaga dan masyarakat setempat selaras dengan konsep ‘ muafakat membawa berkat ‘.