TAKLIMAT PENDAFTARAN PELAJAR TINGKATAN 1 & 4 (Baharu) TAHUN 2021

Assalamualaikum wbt & Salam Sejahtera

Ibubapa/Penjaga
Pelajar Tingkatan 1 & 4 ( Baharu) 2021

Tuan,

TAKLIMAT PENDAFTARAN PELAJAR TINGKATAN 1 & 4 (Baharu) TAHUN 2021

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa sesi taklimat pendaftaran pelajar tingkatan 1 & 4(baharu) tahun 2021 akan diadakan mengikut ketetapan berikut:

Tarikh : 4 April 2021 ( Ahad )
Masa : 9.00 malam
Medium: Google Meet

3. Sehubungan itu, pohon kerjasama pihak tuan (salah seorang sahaja sama ada bapa atau ibu atau penjaga) hadir dalam sesi taklimat dalam talian ini. Link taklimat atas talian ini akan diberikan 15 minit awal sebelum sesi taklimat dimulakan.

4. Kerjasama dan perhatian pihak tuan didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian.

“PRIHATIN RAKYAT: DARURAT MEMERANGAI COVID-19”
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menjalankan amanah,

t.t

AZAMI BIN MAN
Penolong Kanan HEM
b/p Pengetua
SM Sains Kubang Pasu