50 pelajar SMSKP dari 690 calon SPM Kedah peroleh semua A dalam semua mata pelajaran.

21/03/2013 11:51am

ALOR STAR – Calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2012 bagi neger ini yang memperoleh dalam semua mata pelajaran yang diambil meningkat kepada 690 org berbanding 558 pada tahun sebelum ini.
Pengarah Pelajaran negeri, Mansor Lat berkata, keputusan tahun ini menunjukkan peningkatan sebanyak 2.11 peratus berbanding 1.74 peratus pada tahun 2011.
"Sekolah Menengah Sains Kubang Pasu merupakan sekolah cemerlang bagi negeri ini dengan gred purata sekolah 1.0989 dengan seramai 50 pelajar memperoleh semua A dalam mata pelajaran yang diambil," katanya kepada pemberita di sini hari ini. – KOSMO!

Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0321&pub=Kosmo&sec=Terkini&pg=bt_10.htm#ixzz2VIOWE1rI
Hakcipta terpelihara