BORANG PENGISYTIHARAN KESIHATAN KPM 2021

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Ibubapa/Penjaga Pelajar
SM Sains Kubang Pasu

Mohon semua ibubapa/penjaga mengisi dan melengkapkan BORANG PENGISYTIHARAN KESIHATAN KPM 2021 sebelum anak/anak jagaan tuan/pun kembali ke asrama.

Borang ini WAJIB diserahkan kepada pihak sekolah semasa pendaftaran balik asrama pada 3 April 2021 di pos pengawal. Suhu badan boleh dicatat semasa hari pendaftaran.

Adalah diharap, segala butiran yang diisi adalah BENAR dan JUJUR demi keselamatan dan kesihatan semua pihak memutuskan penularan COVID-19.

Sekian. Terima kasih.

Pengurusan Sekolah
SM Sains Kubang Pasu

23.3.2021

<<<SILA KLIK UNTUK MUAT TURUN BORANG PENGISYTIHARAN KESIHATAN KPM 2021>>>

<<<SILA KLIK UNTUK MUAT TURUN SURAT SOP KEMASUKAN SEMULA KE KUPSIS>>>

KUPSIS VIRTUAL RUN 5KM – TAHUN 2021

🏅🏅🎖🏆🏃‍♂🏃🏃‍♀🏆🎖🎖🏅🏅

KUPSIS VIRTUAL RUN 5KM – TAHUN 2021

Assalamualaikum.
🏅Sekolah Menengah Sains Kubang Pasu akan menganjurkan KUPSIS VIRTUAL RUN 5KM TAHUN 2021 sebagai menggantikan Kejohanan Merentas Desa pada tahun ini.

Butiran program adalah seperti berikut :

🎖️Tarikh : 13 – 20 Mac 2021
🎖️Jarak : 5KM
🎖️Tempat : Kediaman masing² atau mana² tempat yang bersesuaian dan selamat

🥇Setiap penyertaan akan diberi SIJIL dan MEDAL (bergantung kepada terma dan syarat)

Kategori SIJIL

SIJIL terbahagi kepada 4 ketegori pemenang berdasarkan masa larian iaitu sijil anugerah emas, sijil anugerah perak, sijil anugerah gangsa (dengan sekali larian) dan penyertaan (larian terkumpul)

1.Sijil Anugerah Emas:20 terbaik (L/P)
2.Sijil Anugerah Perak:20 terbaik(L/P)
3.Sijil Anugerah Gangsa:20 terbaik(L/P)
4.Sijil Penyertaan : Peserta ke-61 ke atas dan larian terkumpul

🏅KAEDAH LARIAN🏅

📌 DOWNLOAD SALAH SATU APLIKASI YANG DIGUNAKAN SEMASA LARIAN

➡️ Map Runner
➡️ Run Tracker
➡️ Strava
➡️ Fitbit
➡️ Treadmill

🏅PROSES LARIAN MAYA🏅
🏅🏅Mudah Sahaja!!!!🏅🏅

1. Mulakan Larian dan
Screenshot KEPUTUSAN LARIAN dan GAMBAR SELFIE.

2. Buat pendaftaran dan hantar bukti larian ke link google form di bawah:

https://forms.gle/9M1LtRR227bgkQYh9

3. Sertakan NAMA PESERTA ,IC, KELAS dan RUMAH SUKAN

4. Peserta akan menerima sijil dan medal bermula 4 hingga 30 April 2021 (di sekolah)

5. Tarikh tutup hantar keputusan pada 20 MAC 2021

📌 _Segala pertanyaan boleh terus berhubung dengan Cikgu Shima, Cikgu Hawa dan Cikgu Nasir….

#kupsisvr5km21